Selasa, 18 November 2014

BUKTI SAINTIFIK KEWUJUDAN DAN KEBERKESANAN ENERGI REIKI.



Bukti saintifik bahawa Reiki benar -benar wujud dan bekerja.Ia telah dibuktikan sejak beberapa tahun dahulu secara ilmiah.Kajian secara saintifik ini dilakukan dengan menggunakan FOTOGRAFI KIRLIAN yang telah diakui secara ilmiah.Alat utama dari fotografi kirlian adalah plat khas yang dialiri arus elektrik bervoltan sangat tinggi dari koil tesla yang ditempel pada bahagian tubuh atau benda yang akan diambail fotonya ( sehingga saat ini Foto Kirlian belum dapat mengambil gambar untuk seluruh tubuh ).Dengan cara ini foto energi Reiki dapat diambil dan kita dapat melihat dengan jelas energi tersebut.Disamping itu banyak buku,tesis,jurnal dan kertas kerja yang menerangkan bukti-bukti menerusi kajian santifik mengenai Reiki dan sistem rawatan secara meletakkan tangan yang lain.Misalnya buku menerangkan lebih daripada 200 kajian saintifik berkenaan penyembuhan secara spiritual,dimana buku itu ditulis oleh Daniel Benor M.D bertajuk `SPIRITUAL HEALING,DOES IT WORK,RESEARCH SAYS YES` diterbitkan oleh Vision Publications menunjukkan keputusan yang positif.Penyembuhan dengan m,eletakkan tangan juga disahkan menerusi kajian yang dilakukan di St.Vincent`s Medical Center di New York oleh Janet Quinn.Penolong Pengarah bahagian kejururawatan di University of South Carolina.Begitu juga kertas kerja yang ditulis oleh Wendy Wetzel, `Reiki Healing A Physiologic Perspective,`

SENTUHAN REIKI.


SENTUHAN REIKI.


REIKI adalah satu energi yang selamat dan semulajadi.Penyembuhan yang sesuai untuk manusia, tumbuhan & haiwan.
Ia berfungsi pada tenaga yang ketidakseimbangan.
Teknik Reiki dengan meletakkan tapak tangan,
akan terus menerokai penyembuhan yang lebih mendalam.
Seketika energi Reiki mula mengalir, anda mungkin merasa bahagian badan terasa hangat.

Reiki bergerak melalui saluran tenaga alam.
ianya membantu mempercepatkan proses pemulihan penyakit.

dan menyembuhkan diri 
dari segi fizikal, emosi, psikologi dan spritual.

Reiki digunakan sebagai penawar bagi semua jenis keadaan dan penyakit. Untuk lebih mempercepatkan penyembuhan Reiki dapat digabunggkan dengan alternatif tradisional atau lain-lain perubatan / terapi.

Reiki berasal dari tenaga yang Tinggi.Reiki bukan tertakluk pada penyembuhan sahaja, tetepi boleh di perbagaikan.Energi reiki menangani isu utama penyembuhan, tanpa di sedari merasakan kelegaan dan penyembuhan semasa proses dijalankan.
Reiki telah dibenarkan dengan resolusi dan dalam keadaan yang selamat dan aman.

Energi reiki juga tenaga untuk penyembuhan dramatik.
Reiki energy Universal Life & Sains alam.

Reiki dikatakan tenaga yang bijak menerusi semangat sejagat, teknik penyembuhan alam semesta yang mengandungi semua tenaga semua kehidupan.

Tenaga ini adalah energi kehidupan dan alam Sejagat yang mengalir dengan niat positif.Apabila kita merawat seseorang menggunakan Reiki,dengan berkat tuhan yang menyembuhkan, manusia adalah perantaraan diiringi dengan doa, tenang, senyum dan pasrah adalah jalan kerja teknik seni reiki.

Perasaan boleh menembusi pusat hati ,
Dan mencari cinta bersatu dengan manusia
Mencari matlamat yang sama
Dengan alam, yang penuh dengan rahmat,
Sesungguhnya tidak terhingga berusaha bersungguh-sungguh

Dan dalam berselubung, mengukuhkan kita dari alam
Cahaya, menerangi kehidupan dan Cinta.
Seperti yang membenarkan akan langkah yang sempurna dalam proses penyembuhan membantu dalam perjalanan peribadi anda sendiri ke arah pemulihan diri, penemuan diri dan penceraha gelombang reiki pelepas menonjol dan mengamalkan kaedah penyembuhan, semangat dan kegembiraan sehingga menjadi sangat penyayang.

"Apabila ketakutan menyentuh
kesakitan seseorang ia menjadi kasihan.
Apabila cinta menyentuh
sakit seseorang ia menjadi belas kasihan.

Sabtu, 15 November 2014

MEDITASI BERSAMA KAEDAH REIKI.


  REIKI HEALING atau pemulihan reiki berasal daripada negara jepun.Reiki bermaksud `universal life force energy` dimana rei bermaksud universal atau menyeluruh dan ki bermaksud life force energy atau tenaga hidup.Konsep tenaga diamalkan oleh banyak kaum di dunia ini dengan nama berbeza-beza,sepoerti bangsa cina yang memanggilnya sebagai chi dan india menyebut prana.

  Konsep reiki adalah apabila tenaga pemulihan masuk melalui pemulih atau mereka yang mempelajari tekni ini.Mereka bertindak sebagai saluran untuk aliran tenaga dan dari situ tenaga dilalukan kemana-mana bahagian badan seseorang yang sedang dirawat.Melalui konsep rawatan reiki,terbit kepercayaan bahawa dalam badan seseorang memang ada keupayaan pemulihan semulajadi.
Tenaga reiki yang disalurkan masuk sewaktu rawatan akan meransang keupayaan pemulihan semulajadi badan seseorang untuk membuang sekatan fizikal dan emosi yang menjadi punca penyakit.

  Rawatan reiki membersihkan kesihatan dalaman badan dan menyeimbangkan sistem chakra badan supaya memberi harmoni kepada minda,badan dan rohani.Seterusnya ia menggalakkan sikap positif pada diri seseorang.

  Reiki berbeza daripada kaedah pemulihan lain kerana adanya proses `attunement` iaitu proses seseorang Master Reiki akan membuka ruang atau saluran kepada penuntut untuk menerima tenaga reiki dan menjadikan diri mereka saluran untuk aliran tenaga.Tenaga ini datang dari sumber universal dan
bukan tenaga orang yang merawatnya.Apabila seseorang sudah diberikan attunement oleh master reiki,tenaga reiki ini akan sentiasa kekal pada diri mereka.

  Reiki juga ada sejarahnya sendiri.Ia diasaskan oleh Dr.Mikao Usui,yang ingin mengetahui cara memulihkan atau merawat fizikal dan rohani seseorang.Dr.mikao usui mempelajari semua kitab termasuk injil,buddha dan sanskrit tetapi kesemuanya menemui kegagalan.Kemudian ia mengambil keputusan untuk naik ke pergunungan kuri yama dan bertapa dengan berpuasa disana selama 21 hari.Hanya pada awal subuh hari ke 21 barulah dia menjumpai jawapanya apabila satu keajaiban berlaku pada dirinya.Dia dikejutkan dengan cahaya yang terang menghala kearahnya.Dari cahaya itulah dia menjumpai jawapan yang dicarinya.Gembira dengan penemuan itu,Dr.Mikao Usui bergegas turun.Dalam keadaan kelam kabut,Dr.Mikao Usui terlanggar batu lalu ibu jari kakinya terluka.Dr.Mikao Usui pun terus menekap aliran darah pada kakinya tadi,tanpa disangka tidak sampai berapa minit dia terkejut melihat tiada darah keluar dan sakit pun hilang.Baginya ia keajaiban kedua yang dialaminya.Keajaiban ketiga berlaku apabila setelah turun dari gunung,dia berhenti makan,disitu dia terlihat seorang anak kecil yang menangis sakit gigi.Dr. Usui menawarkan diri untuk cuba memulihkan kesakitanya,lalu meletakkkan tanganya pada geraham budak itu.Bengkak dan kesakitan mulai reda dan semakin hilang.Keajaiban keempat dilihat apabila sampai di kuil buddha,dia terjumpa seorang sami dalam kesakitan kerana mengalami arthritis.Dr.Usui meletakkan tangan ketempat yang sakit dan tidak lama kemudian kesakitan itu juga hilang.

 Prinsip reiki ini diajar kepada murid-muridnya.Reiki dikenali asal-usulnya melalui cabang-cabanya diserata dunia.Daripada Dr.Mikao Usui kepada Dr Chujiro Hayashi,dan kemudianya Hawato Takata.Takatalah yang bertanggungjawab membawa reiki ke amerika syarikat dan negara2 lain diseluruh dunia.Cabang Master atau guru yang menurunkan ilmu itu menunjukkan ketulenan reiki yang dipelajari seseorang.

  Dr Mikao Usui juga mencipta lima prinsip rohani reiki yang harus diikuti sebagai langkah meditasi.Dia menciptanya apabila mendapati ada pesakit yang tidak bersyukur.Prinsip ini mendidik kita untuk menghargai kehidupan dan berubah menjadi lebih positif.

  Kelima-lima prinsip ini mengikut kaedah Reiki Kundalini di Dimensi Aura Malaysia ialah :

* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku padamkan api kemarahanku.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku padamkan resah kerisauanku.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku bersyukur di atas segala nikmat kurniamu.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku berlaku jujur diatas segala tugasku.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku berlaku baik keatas setiap makhlukmu.

MAKLUMAN : Reiki tidak ada kena mengena dengan agama apa pun,juga tiada mengandungi unsur2 khurafat.Ianya hanyalah ilmu berkaitan psikologi energi..

*

Ahad, 9 November 2014

AURA


  Bumi kita diselubungi oeh lapisan ozon yang disebut Atmosfier,walaupun kita tidak dapat melihatnya dan sekeliling bumi ini terdapat pula medan elektromagnetik,maka kerana itulah mengapa sebuah kompas akan sentiasa menunjukkan ke arah utara.Sebagaimana bumi,tubuh manusia juga dikelilingi oleh sejenis atmosfera elektromagnetik yang disebut AURA.
  Aura merupakan aliran elektrik hidup yang tidak kelihatan atau suatu rembasan elektrik dari jiwa yang mengambil bahagian dari tubuh dan fikiran kerana ianya juga adalah hawa disekitar tubuh seseorang.
  Aura antara seseorang adalah berbeda mengikut akan situasi diri.Aura orang sedang marah berbeda warna dan gelombang getaranya dengan orang yang tenang.Aura seorang ahli ibadat atau orang yang tekun dalam bidang spiuritual dan kerohanianya berbeda warna dan gelombang getarannya dengan aura seorang perompak atau dukun ilmu hitam.Hanya orang-orang yang peka atau mereka yang memiliki Indera keenam yang tajam akan sanggup merasakan / melihat sensasi perbedaan aura dan gelombang getaran tersebut.
      Aura terbahagi kepada dua bahagian :
* AURA LUAR -juga dipanggil aura elektrik yang dipancarkan oleh tubuh fizikal.
* AURA DALAM -juga dipanggil aura psikis iaitu pancaran tenaga dari keperibadian total yang dikeluarkan oleh tubuh astral.

RAHSIA MEMBANGKITKAN DAYA KESEDARAN


   Apakah dia DAYA KESEDARAN ? Daya kesedaran adalah daya hidup yang sememangnya telah lama wujud pada diri setiap manusia.Anda adalah generator daya tersebut,dimana daya ini akan terus bekerja mengikut perintah anda.
   Daya Kesedaran adalah umpama sebuah Kapal Laut yang mana anak-anak kapal / kelasi hanya mendengar dan menurut perintah Kapten kapal tersebut.

                                    BUKTI UJUDNYA DAYA KESEDARAN.

   Untuk memberikan keyakinan jitu kepada anda maka marilah kita rasa dan buktikan ujudnya daya ini :-

* Dengan posisi yang selesa dan tenang.
* Gosok kedua-dua telapak tangan anda kira-kira 20 detik.
* Dalam keadaan telapak kanan menegak dan dalam jarak kira-kira 4 inci,dengan menggunakan hujung jari telunjuk kiri,cuba gerakkan jari tadi ke atas dan ke bawah atau cuba buat bulatan dengan diputar-putarkan jejari kiri.

ADAKAH ANDA MERASA TERDAPAT SUATU DAYA / KUASA YANG BERGERAK-GERAK DI TELAPAK TANGAN KANAN ANDA ?

   Daya tersebut sangat sukar untuk diterjemahkan.Mungkin telapak tangan kanan anda merasa geli,hangat berangin,semut-semut ataupun......?
Tetapi yang paling pasti ialah setiap daripada anda dapat merasakan dan menggambarkanya.
  Seorang ahli sains yang bernama Kirlian mampu menterjemahkan daya tadi dengan gambar yang disebut KIRLIAN FOTO AURA.
Jika dirujuk daripada gambar tersebut dapat kita jangkakan bahawa Daya tersebut berbentuk bersinar-sinar dan memancar-mancar keluar.

  Begitu juga dengan anda,dengan Daya Kesedaran tadi anda mampu menggerakkan daya tadi untuk berbagai tujuan dengan menggunakan media-media tertentu seperti Air,Garam,Limau,Minyak bagi tujuan pengubatan dan bagi menguji sesuatu yang benar atau tidak benar.Anda juga boleh gunakan Pendulum dan untuk tujuan penghidupan mengikut daya kesedaran seseorang anda boleh menggunakan Batu Permata atau barang bertuah yang lain.

 Secara amnya Daya Kesedaran ini ialah getaran daya hidup yang terdapat pada makhluk di muka bumi ini.

Untuk mandapatkan Rahsia Latihan Memperkuatkan Daya Kesedaran
Hubungi : 0125037175 ( Master Mohd )

METAFIZIK DAN HUKUM BIOLOGI


  Ilmu Biologi termasuk dalam ilmu yang sangat penting dan besar sekali manfaatnya.Kerana dengan mendalaminya,seseorang dapat mengetahui susunan dan manfaat sesuatu tenaga / getaran atau lain-lain yang terdapat pada diri kita atau sekeliling kita.
 ALLAH SWT telah berfirman di dalam surah Al Dzaariat ayat 49 yang bermaksud:
   `Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran ALLAH`

Di awal penciptaan Allah ialah benda-benda yang bersifat panas atau dipanggil ATHTHABI`ATUL HARARAH.Asalnya dari gerakan alam semesta yang digerakkan oleh Allah swt dan salah satu sebab benda bergerak.
   Kemudian Allah swt mencipta benda-benda yang bersifat dingin atau dipanggil
ATHTHABI`ATUL BURUUDAH.Asalnya dari SAKINAH atau ketenangan alam semesta dan ianya bersifat tidak bergerak.
   Hasil terciptanya kedua-dua sifat diatas maka bercampurlah kedua dua unsur iaitu panas dan dingin,maka daripadanya timbullah dua sifat lagi iaitu daripada panas munculnya kering dan daripada dingin munculnya lembab.Daripada percampuran keempat-empat unsur itu maka terjadilah alam ini.Dari situ timbul pula empat unsur lagi iaitu :
1.) Unsur Tanah :- hasil campuran antara kering dan dingin.
2.) Unsur Air : - hasil campuran antara lembab dan dingin.
3.) Unsur Api :- hasil campuran antara panas dan kering.
4.) Unsur Angin :- hasil dari campuran antara panas dan lembab.

  Inilah campuran alam dunia yang merupakan komposisi berganda dan seterusnya daripada proses teratas tercipta pula tumbuh-tumbuhan,binatang ternak dan yang terakhir sekali manusia yang dapat berbicara.
Rasulullah saw bersabda dengan bermaksud :-
`Allah menciptakan manusia dari empat unsur iaitu air,tanah,api dan udara (angin).Jika air lebih banyak maka orang itu akan menjadi seorang yang hafal al quran,alim,faqih atau dermawan,jika lebih banyak tanah maka ia akan menjadi penumpah darah,jahat dan gagal dunia dan akhirat,jika lebih banyak api maka ia akan menjadi seorang yang zalim dan aniaya,jika lebih banyak unsur udaranya maka ia akan menjadi seorang pendusta.`Aukamaqal`.

Sabtu, 8 November 2014

PENYEMBUHAN METAFIZIK TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SIFAT TAWAKKAL.


  Disebutkan di dalam Musnad dan sunan,hadis dari Abu Khuzamah,dia berkata yang bermaksud :
`Aku berkata : Ya Rsulullah,apakah tangkal yang kita pakai atau ubat yang kita gunakan itu dalam menolak ketentuan ALLAH ? Rasulullah menjawab :Itu pun termasuk ketentuan ALLAH !`
    Hadis diatas dengan jelas menolak anggapan mereka yang mengingkari pentingnya pengubatan.Sebenarnya berubat dari penyakit itu sama sekali tidak bertentangan dengan sifat tawakkal,bahkan perkara itu menunjukkan kesempurnaan vsifat tawakkal.Mereka yang tidak mahu berubat itulah yang yang lemah sifat tawakkalnya dan menyerahkan diri mereka kepada kebinasaan sedangkan menjerumuskan diri kepada kebinasaan itu,haram hukumnya.Sebagaimana yang terdapat nash dari al quran dan Sunnah Rasulullah.Telah diwartakan bahawa meninggalkan usaha berubat itu tidak termasuk tawakkal.
  Di dalam kitab Al Arba`iin ada menyatakan bahawa hakikat tawakkal yang sebenarnya itu adalah perwujudan ( manifestasi ) yang timbul dari tauhid yang murni dan nampak bekas-bekasnya pada anggota badan dengan amal perbuatan.
         Dan di dalam ihya`menyebutkan yang ertinya :
`Dikatakan kepada Ahmad bin Hambal : Bagaimana pendapat tuan tentang orang yang hanya duduk dirumahnya atau di masjid seraya mengatakan : Saya tidak akan mengerjakan apa-apa sampai rezekiku datang ! Ahmad bin Hambal menjawab :Orang itu tidak mengerti ilmu,tidakkah dia mengetahui bahawa Rasulullah saw sendiri mengatakan :Sesungguhnya Allah Taa`la menjadikan rezekiku di bawah naungan tombakku?
     Ini menunjukkan betapa pentingnya berikhtiar.Perkara ini diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA .
     Dari keterangan diatas jelaslah bahawa,berubat sama sekali tidak bertentangan dengan sifat tawakkal bahkan ia termasuk dalam bahagian tawakkal itu sendiri.Sebab makna Tawassul itu ialah menyerahkan segala urusan kepada ALLAH SWT setelah mengusahakanya.

METAFIZIK DENGAN KUASA YANG MENYEMBUHKAN.

 
Banyak orang menyangka bahawa doktor atau ubat ubatan yang diberikan telah cukup mempunyai kekuasaan buat menyembuhkan penyakit,padahal prasangka demikian itu adalah sangat keliru sekali.Memang ahli-ahli ilmu kimia yang pandai telah dapat memperbaiki keadaan sel-sel dalam tubuh yang hidup.Telah bantak sel-sel yang lemah telah diperkuatkan.Akan tetapi kita harus sedar bahawa segala tenaga pekerjaan adalah milik ALLAH.Apabila sesuatu mekanisma yang ada di dalam tubuh manusia telah diperintahkan supaya behenti bekerja,maka seseorang itu akan merasai sakit.Apatah lagi jika diarahkan semua sel-sel dan mekanisma berhenti bekerja maka matilah manusia itu.Tiada sekali-kali pengetahuan dan kepandaian manusia dapat menggembalikan kehidupan itu lagi walaupun mereka telah mencuba dengan pelbagai peralatan moden dan canggih.
   Jadi kekuasaan kehidupan yang telah diberikan allah ke dalam sel-sel manusialah yang menyembuhkan penyakit.Nah,kekuasaan yang menyembuhkan itu bukanlah hasil dari kemajuan doktor dalam ilmu kedoktoranya.Tetapi kita wajib berikhtiar sebagaimana telah disebutkan didalam sebuah hadis yang bermaksud :
    Disebutkan di dalam musnad imam ahmad,hadis dari Ziyad bin `Alaqoh daripada Usamah bin Syarik,dia berkata: Tempoh hari ketika saya berada di samping Rasulullah saw tiba-tiba datanglah orang-orang arab desa,mereka berkata :Ya Rasulullah,apakah kami harus berubat ( jika sakit )? Rasulullah menjawab : Ya Wahai hamba -hamba ALLAH,berubatlah kamu sebab tidaklah ALLAH menurunkan penyakit,melainkan dia menurunkan pula ubat bagi penyakit
itu,kecuali satu.Mereka bertanya : Apakah yang satu itu Ya Rasulullah? Rasulullah menjawab :Al Haromu (kelemahan usia lanjut )
    Memang seringkali kita menjumpai orang yang sakit dapat sembuh dengan sendirinya tanpa memakan ubat atau menerima apa-apa rawatan melainkan hanya dengan berihat,memperbanyakkan minum air dan mengaturkan pemakanan yang seimbang.Ini merupakan bukti yang tidak dapat disangkalkan bahawasanya memanglah ada satu kuasa yang dapat menyembuhkan dalamtubuh tiap-tiap manusia.

Khamis, 6 November 2014

DIAGNOSIS/SCANNING



   Terdapat 2 kaedah yang digunakandiperingkat universal untuk diagnosis / scanning tahap tenaga iaitu :


( KINESOLOGI )

  Kaedah ini digunakan untuk menguji kelemahan pada tubuh manusia.Ianya menggunakan otot yang kuat pada tubuh manusia bagi mendapatkan kekuatan yang maksima.


RADIONIC (Pendulum )

  Pendulum biasanya digunakan untuk mengukur sesuatu penyakit dan membantu menemukan ubat yang sesuai untuk penyakit.Penggunaanya sudah wujud sejak dari zaman dahulu kala iaitu pada zaman neolithikum dan zaman mesir kuno.Di eropah sendiri penggunaan pendulum ini tidak diketahui sebelum tahun 1240 yang mana Robert Fludd menulis tentang pendulum ini.

Langkah -Langkah dalam proses melakukan scanning :

1.Menyemak level =warna diri
2.Menyemak LOG =saiz badan
3.Menyemak kelemahan tenaga dibahagian 20 titik organ
4.Mencari kesesuaian warna atau diantara 20 titik organ yang menjadi punca kepada kelemahan organ.

RADIASTHESIA / RADIONIC


   Di malaysia,Radiasthesia atau Radionic telah dipraktikkan bersama oleh para pengamal homeopathy dan biokimia.

   Radiasthesia bermakna `persepsi` atau `penerimaan` kepada radiasi.Terdapat alat-alat yang boleh menerima radiasi seperti alat `Geiger Counter` yang boleh merasai radiasi logam-logam di dalam perut bumi.Biasanya alat ini digunakan oleh tentera untuk mengenal pasti kedudukan periuk api.Walaubagaimana pun,belum wujud alat yang dicipta untuk mengesan benda `Immaterial` seperti fikiran.

  Kaedah Radiasthesia atau Radionic cuba menyelesaikan perkara ini dan telah pun diguna pakai untuk memberi jawapan kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh manusia khasnya begi mengetahui sesuatu penyakit,ubat,penawar,air,minyak atau sumber asli.


TEORI RADIATHESIA ATAU RADIONIC

  Radiasthesia vmerupakan satu cabang sains yang berkait dengan pengkajian tentang medan-medan tenaga dan manusia yang sensitif atau pengkajian tentang penerimaan (rasa) atau reaksi badan manusia kepada radiasi yang berintensiti sangat rendah.Teknik operasinya dinamakan `dowsing` atau `diving` dan sebagainya.

 Operasi ini digunakan bagi tujuan perubatan,ia digelar Radiathesia di England dan Radionic di Amerika Syarikat.Bagi menjalankan operasinya,apa yang perlu ialah sebuah pendulum.Berbagai-bagai jenis pendulum digunakan,tetapi yang lebih sensatif adalah pendulaum magnet dan pendulum perak.Walaubagaimana pun,pendulum yang diperbuat dari batu kristal dan diikat dengan rantai perak juga boleh digunakan.

Rabu, 5 November 2014

SANTAU DAN CARA MENANGKALNYA



 Santau atau yang disebut juga dengan teluh,tenung dan sebagainya adalah kekuatan ghaib yang dilancarkan oleh seorang yang berniat jahat untuk mencelakai orang lain.

                                      AGAR SELAMAT DARI SANTAU.
Terdapat 2 kaedah
Pertama :

 Jika ingin selamat dari kiriman santau,laksanakan saranan sebagaimana berikut
a) Sering melatih pernafasan dan tafakur,sehingga radius aura tenaga dalam menjadi kuat.Aura yang kuat tidak akan ditembusi santau.
b) Perbanyakkan zikir disamping latihan pernafasan dan tafakur.
c) Menjadi orang yang neutral sehingga tidak menyimpan `muatan`apapun.Caranya iaitu belajar dengan tidak menyimpan rasa benci terhadap sesiapa pun,menyintai sesama manusia dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.Usahakan dengan ikhlas memohon ampun atas segala dosa musuh-musuh kita.

Kedua :
1. Baca QS,al falaq,QS annas 1x,setiap kali selepas sembahyang.
2. Memperbanyakkan membaca khalimah thoyyibah,LAA ILAAHA ILLALLAAH.
3. Baca doa `Hasbunallah wani`mal wakiil` sebanyak 450 kali dalam sehari semalam atau sekaligus.
4. Baca Basmallah 21 kali,dilanjautkan dengan surah al-fatihah,al-ikhlas,al- falaq dan an nas ( semuanya sekali ) ketika hendak tidur.
5. Baca ayat kursi setiap kali hendak tidur malam sekurang-kurangnya 3 kali.
 Amalan tersebut jika sering diamalkan sangat mujarab menghancurkan kekuatan santau yang terdapat pada seseorang,iaitu bila benar-benar terkena santau.Jika tidak ada reaksi  jangan sekali-kali orang sakit tersebut anda nyatakan disantau orang agar tidak menimbulkan fitnah.



KEHIDUPAN MANUSIA ITU DINAMIS

   
                                 KEHIDUPAN MANUSIA ITU DINAMIS.

   Kehidupan manusia itu dinamis,dalam memenuhi keperluan hidupnya.Manusia mempunyai banyak kehendak dan melakukan pelbagai kegiatan.Sehingga kita dihadapkan pada benturan-benturan kepentingan.Bila ada kesamaan kepentingan,kita boleh memenuhi bersama dengan kerjasama yang saling menguntungkan.Tetapi jika ada kepentingan yang berbeza maka akan terjadi benturan yang tidak boleh dihindari.Manusia yang lemah rohaninya akan menjadi mangsa dari berbagai benturan.Manusia yang kosong rohaninya akan menjadi mainan yang terumbang ambing oleh arus kehidupan.Sebaliknya manusia yang sihat rohaninya akan melangkah mengharungi kehidupan ini dengan penuh ketenangan jiwa,tujuan yang jelas,langkah yang mantap serta percaya diri.Dalam hukum alam,rohani yang kuat akan menguasai rohani yang lemah.Dengan mengolahkan rohani,anda tidak akan menjadi mangsa kehidupan dan tidak menjadi pelengkap penderitaan..

Selasa, 4 November 2014

MENGURANGI RASA SAKIT PERUT

Ketika anda sedang sakit perut,cubalah   cara berikut ini untuk mengurangi rasa sakit perut anda.


* Tekan pusat anda dengan ibu jari tangan kanan anda 
*  Bacalah 2 khalimah syahadah  1 x atau 3 x dengan yakin.
Insya allah sakit perut anda berkurangan.