Rabu, 5 November 2014

SANTAU DAN CARA MENANGKALNYA



 Santau atau yang disebut juga dengan teluh,tenung dan sebagainya adalah kekuatan ghaib yang dilancarkan oleh seorang yang berniat jahat untuk mencelakai orang lain.

                                      AGAR SELAMAT DARI SANTAU.
Terdapat 2 kaedah
Pertama :

 Jika ingin selamat dari kiriman santau,laksanakan saranan sebagaimana berikut
a) Sering melatih pernafasan dan tafakur,sehingga radius aura tenaga dalam menjadi kuat.Aura yang kuat tidak akan ditembusi santau.
b) Perbanyakkan zikir disamping latihan pernafasan dan tafakur.
c) Menjadi orang yang neutral sehingga tidak menyimpan `muatan`apapun.Caranya iaitu belajar dengan tidak menyimpan rasa benci terhadap sesiapa pun,menyintai sesama manusia dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.Usahakan dengan ikhlas memohon ampun atas segala dosa musuh-musuh kita.

Kedua :
1. Baca QS,al falaq,QS annas 1x,setiap kali selepas sembahyang.
2. Memperbanyakkan membaca khalimah thoyyibah,LAA ILAAHA ILLALLAAH.
3. Baca doa `Hasbunallah wani`mal wakiil` sebanyak 450 kali dalam sehari semalam atau sekaligus.
4. Baca Basmallah 21 kali,dilanjautkan dengan surah al-fatihah,al-ikhlas,al- falaq dan an nas ( semuanya sekali ) ketika hendak tidur.
5. Baca ayat kursi setiap kali hendak tidur malam sekurang-kurangnya 3 kali.
 Amalan tersebut jika sering diamalkan sangat mujarab menghancurkan kekuatan santau yang terdapat pada seseorang,iaitu bila benar-benar terkena santau.Jika tidak ada reaksi  jangan sekali-kali orang sakit tersebut anda nyatakan disantau orang agar tidak menimbulkan fitnah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan