SEMINAR KURSUS
- Seni Aura Kuasa Rasa.-
Salam Sukses dan Kedamaian Sahabat taulan,Ahli Ilmu,Guru,Sifu,Master dan tidak lupa kepada pengunjung blog D'Aura yangdikasihi sekalian. DIMENSI AURA kini telah pun menjalankan Seminar Perlatihan berkaitan Seni teknik olahan Ilmu Energi D'Aura berperingkat hingga ke Level Master.
Perlatihan,Seminar,Seni,Teknik,Keilmuan &
Pengalaman berasaskan Energi Dimensi Aura.-
Kami D'Aura menawarkan sesi kursus / seminar yang dapat
memberikan manfaat yang Hebat kepada peserta kursus.
$ Program Seminar : No 1.
-MASTER IN PSIKOLOGI ENERGI REIKI D'AURA.
( M.I.R.D.A )
Penerangan berkenaan
Aura,Chakra,Sejarah,Teknik Rawatan dan penerimaan attunement / penyelarasan Energi Kundalini Reiki D'Aura Level 1,2 dan level Master.
REIKI
KESIHATAN-KEJAYAAN-KEREZEKIAN.
ANDA MAHU :
SIHAT BADAN?
SIHAT POKET?
SIHAT KERJAYA?
MAHU BUSINESS?
BERWIBAWA & DISUKAI RAMAI?
CEPAT MENDAPAT JODOH?
MENCAPAI PELBAGAI HAJAT?
KARISMA DIRI?
HIDUP TENANG TANPA STRESS?
JAWAPANNYA ADA PADA REIKI
REIKI UNTUK PELBAGAI HAJAT
Tidak ramai yang tahu bahawa Reiki boleh digunakan untuk pelbagai tujuan selain daripada perubatan. Antara manfaat Reiki adalah membantu mengatasi masalah hidup, mengurangi stress, meningkatkan prestasi belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindunganahli keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain, penyuburan tanaman, menghilangkan sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan.
SIAPA YANG PERLU BELAJAR?
Para penghidap penyakit fizikal, menta, emosional dan spiritual
Ahli keluarga yang ada masalah kesihatan
Anda yang ingin membuka Pusat Rawatan Alternatif sendiri
Para ibu bapa, majikan, pekerja awam dan swasta, guru-guru, pelajar IPTA /IPTS dan pelajar sekolah
Usahawan MLM, agen insurans / takaful, peniaga, ahli politik, arttis
Setiap orang yang inginkan tubuh cergas dan sihat fizikal, mental, emosi dan spiritual.
Setiap orang yang inginkan tubuh cergas dan sihat fizikal, mental, emosi dan spiritual
Setiap orang yang ingin memperbaiki taraf hidup
Sesiapa sahaja yang berminat.
Cukup dengan hanya kursus 1 hari anda sudah mampu menguasai Reiki. Kerana ianya bukan suatu ilmu seni mempertahankan diri / martial art seperti silat, taekwando dan sebagainya yang memerlukan anda datang belajar berulang-kali untuk belajar buah pukulan / jurus, langkah dan perkara yang baru. Reiki juga BUKAN suatu bentuk Ilmu akademik seperti yang anda belajar di sekolah atau universiti.
Malahan ia juga bukanlah suatu jenis ilmu kedoktoran medikal atau Homeopati , oleh hal yang demikian:
TIDAK PERLU belajar tentang sistem tubuh
TIDAK PERLU belajar tentang jenis penyakit dan ubat-ubatan
Malahan anda TIDAK PERLU TAHU tentang Aura dan Warna
TIDAK PERLU TAHU tentang Chakra. (tanya doktor bedah sama ada beliau pernah melihat chakra dalam tubuh badan manusia)
TIDAK PERLU TAHU tentang sistem Meridian dan Akupuntur
TIDAK PERLU bayar lebih untuk perkara yang tidak perlu!!
TIDAK.... TIDAK PERLU semua itu... Selepas menerima attunement anda lantas dapat mempraktikkannya dengan kaedah yang cukup mudah.
KENAPA YURAN KAMI LEBIH MURAH JIKA DIBANDINGKAN
DARI TEMPAT LAIN?
Saya boleh beri anda dengan harga yang murah kerana saya TIDAK MENJUAL REIKI seperti mereka yang lain. Mereka menjadikan Reiki sebagai sumber pendapatan tetap/sampingan mereka. Saya mempunyai pekerjaan tetap dan bisnes lain yang mampu menyara keluarga dan tidak bergantung kepada mengajar Reiki. Niat saya untuk menyebarkan Reiki kepada masyarakat tanpa mengira latarbelakang ekonomi mereka. Semua orang mampu mempelajari Reiki dengan kos yang sangat rendah.
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.
KUNDALINI REIKI
Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.
Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.
Versi Kundalini Reiki yang lama / yang sebelum ini mempunyai 9 level iaitu tambahan 6 level selepas level 3 yang dipanggil sebagai booster yang perlu diambil attunement secara berasingan dan berperingkat-peringkat (jarak masa 5 hari setiap peringkat). Tetapi Kundalini Reiki yang terbaru kali ini telah singkatkan menjadi 3 level secara keseluruhannya dimana 6 level booster sebelum ini telah dimasukkan kedalam level 3. Malahan buku manual juga terdapat penambahan teknik yang diajar.
Contoh gambar peserta kursus :
SOAL & JAWAB TENTANG REIKI :
* Saya tidak minat menjadi perawat,kenapa perlu saya belajar reiki ?
Reiki bukan semestinya digunakan untuk merawat orang lain.Yang paling penting kita boleh menggunakanya untuk merawat diri dan ahli keluarga kita sendiri.Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos rawatan kesihatan kita sekeluarga terutamanya untuk masalah-masalah kecil seperti demam,selsema,pening kepala,sakit perut,batuk,luka,ketidakselesaan akibat dari haid dan sebagainya.Ia juga boleh bertindak sebagai `First Aid Kit` pada waktu kecemasan.Sekiranya kita sering menyalurkan tenaga reiki kepada tubuh sendiri,sistem kekebalan tubuh akan meningkat seterusnya menyebabkan tubuh jarang diserang penyakit
*Adakah bakat penyembuhan diperlukan untuk mempelajari reiki ?
Tidak perlu.Menurut perawat dan ahli penyembuhan tenaga dalam yang terkenal Chao Kok Sui,`Semua orang boleh menjadi perawat sama ada mempunyai bakat atau tidak kerana penyembuhan tenaga dalam hanya menggunakan tenaga semulajadi yang dimiliki oleh semua manusia dan benda hidup.
Tentu boleh.Reiki terbuka kepada semua orang sama ada pernah mempelajari teknik lain atau belum.
* Apakah Reiki tidak bertentangan dengan agama saya ?
Tidak.Reiki bukan sebahagian dari agama tertentu dan tidak bertentangan dengan agama apa pun.Dalam setiap rawatan,perawat reiki dapat berdoa menurut kepercayaan dan agama masing-masing meminta bantuan untuk merawat pesakit.
* Adakah sebarang pantang atau syarat khusus untuk belajar reiki?
Tiada sebarang pantang larang cuma jangan gunakan ia untuk tujuan negatif.
Anda tidak perlu melakukan persiapan apa pun.Semua pengetahuan yang diperlukan untuk Reiki akan diajar oleh Master Reiki yang mengajar.
*Apa yang perlu saya persiapkan untuk mengikuti Reiki ?
Tidak ada apa-apa.Hanya bawa diri anda bagaikan satu gelas yang kosong,baru senang untuk diisikan ilmu yang lain.ilmu-ilmu yang pernah dipelajari sebelum ini diletak /simpan ketepi dahulu.
* Berapa lama waktu yang diperlukan untuk mempelajari Reiki ?
Dalam tradisi Reiki Usui yang asli terdiri dari tiga tingkatan iaitu tingkat 1,tingkat 11,dimana murid mendapatkan hak atas simbol dan tingkat 111 atau tingkat Master.Sekarang ada yang menambahkan menjadi empat tingkat,dengan menambahkan tingkat 3 atau tingkat Master peribadi.Dalam tingkat 3 murid mendapatkan attunement master tapi tidak diberi hak untuk mengajar dan tidak diberikan pengetahuan untuk memberikan attunement.
Banyak pendapat mengenai hal ini,ada yang menyebutkan waktu antara level bergantung kepada persiapan (dana atau mental ) murid.Ada juga yang menyebutkan dari level v1 ke level 2,harus menunggu selama minima 3 bulan.Ada juga yang mengajarkan Reiki Usui tingkat 1 dan 2 sekaligus ataupun mengajarkan langsung sampai tingkat master,mungkin kerana Master Usui juga langsung mencapai tingkat Master.Dalam tradisi Reiki Kundalini,terdiri daripada 9 tingkatan iaitu Kundalini Reiki level 1,2,3,Kundalini Reiki Booster level 4,5,6,7,8 & 9.Dari level 1 ke level 2 dijarakkan 2 hari,level 2 ke 3 jarak 10 hari,kundalini Reiki booster dijarakkan 5 hari setiap level.Ada juga yang memberi kesemua level sekaligus ( seperti saya ).Menurut saya tidak ada salah diantara kesemuanya,yang menunggu lama atau pun langsung mendapatkan tingkat master,mungkin itulah yang terbaik bagi orang tersebutr.
Attunement yang dilakukan pasti berjalan dengan baik selagi attunement itu diberikan oleh master reiki yang berkelayakan.Anda mungkin tidak merasakan sensasi apa pun kerana anda kurang peka.Walaupun anda kurang peka,anda tetap mempunyai kemampuan untuk menyalurkan energi kepada diri sendiri dan orang lain.
Pada umumnya,pengamal reiki boleh merasakan hawa panas.Setelah berlatih dengan rutin beberapa lama,anda akan merasakan hawa panas di sekeliling telapak tangan ( bukan betul2 di kulit tangan ).Tetapi,setelah berlatih lebih lama lagi,hawa panas ini akan berkurangan.Anda janganlah cemas kerana penurunan hawa panas ini kerana getaran/ frekuensi tenaga Reiki anda telah selaras dengan tubuh anda.Ibarat,jika anda sudah biasa minum kopi panas,lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas lagi.
Ini adalah pembersihan oleh energi Reiki pada diri anda.Apabila gatal-gatal,biasanya anda mempunyai masalah alergi.Cirit-birit biasanya kerana adanya masalah pada pencernaan anda yang sedang dibersihkan.
Saat menyalurkan energi,ahli Reiki atau perawat dapat merasakan adanya arus ditanganya.Ahli Reiki merasakan kedua telapak tangan menjadi hangat atau penuh dengan getaran-getaran kecil.Kadang-kadang terasa ada suatu aliran energi hangat,dingin,terasa ditusuk-tusuk dengan jarum lembut,kebas-kebas atau kejutan elektrik ringan yang mengalir dari tangan perawat.Pesakit yang peka dapat merasakan berbagai sensasi atau rasa.Sensasi yang selalu dirasakan oleh pesakit adalah adanya hawa hangat yang keluar dari tangan perawat dan menyebar ditubuh pesakit ( hawa hangat dari tangan seseorang yang tidak mempelajari reiki biasanya tidak menyebar di dalam tubuh ).Pesakit yang peka dapat merasakan getaran-getaran halus yang keluar dari tapak tangan perawat.Namun pesakit yang tidak peka tidak akan merasai apa-apa pun.Namun jangan khuatir tenaga reiki tetap mengalir walaupun tidak dirasai.
* Saya sudah beberapa bulan tidak menggunakan reiki.Adakah saya masih dapat
menyalurkan energi reiki ?
Ya dapat.Kemampuan seseorang untuk menyalurkan energi reiki tidak pernah hilang kecuali digunakan untuk tujuan-tujuan negatif dengan sengaja.
Tidak.Energi Reiki tidak dapat dipergunakan untuk sesuatu yang negatif.Seorang ahli Reiki yang ingin melakukan sesuatu yang negatif dengan Reiki akan menggunakan energi dari tubuhnya sendiri yang sangat terbatas dan sudah tentu menyebabkan perawat tersebut kehabisan energi.Tetapi energi Reiki yang bersifat murni dan tinggi tidak dapat diaplikasikan untuk hal-hal negatif.
* Apa yang terjadi dengan ilmu-ilmu lain yang dimiliki oleh peserta setelah menerima attunement Reiki ?
Semua ilmu sama seperti ilmu tenaga dalam,pernafasan,penyaluran energi dan ilmu minda akan menjadi semakin mantap dan berkembang kerana saluran energi yang digunakan adalah sama dengan attunement Reiki,saluran energinya menjadi lebih bersih.Begitu juga dengan ilmu hikmah dan spiritual anda.Tetapi ilmu-ilmu yang bersifat negatif biasanya akan keluar.
* Saya mempunyai seorang anak perempuan yang baru berumur 8 tahun.Adakah anak tersebut boleh mempelajari Reiki ?
Reiki tidak dibatasi oleh umur.Sudah tentu Reiki boleh dipelajari oleh seorang anak di bawah umur.Yang penting adalah menerangkan kepada anak tersebut manfaat Reiki dan untuk tidak membanggakan diri setelah mempelajari reiki.Jika
Walaupun Reiki cukup mudah untuk dipelajari,Reiki adalah sesuatu yang amat berharga.Walaubagaimanapun,dalam tradisi Kundalini Reiki,kanak-kanak dibawah umur 8 tahun tidak digalakkan diberi attunement kerana khuwatir tidak dapat menmerima perubahan mengejut.
* Apakah saya boleh menyalurkan energi Reiki kepada seorang bayi yang baru lahir ?
Ya boleh.Energi Reiki sangat lembut dan automatik.Energi Reiki tidak berbahaya bagi organ -organ tubuh yang lembut dan sangat sensitif seperti mata dan jantung.
* Adakah Reiki selamat untuk digunakan pada wanita yang sedang hamil ?
Ya.Malahan telah dilakukan penyelidikan oleh ahli perubatan di luar negeri bahawa dengan menyalurkan Reiki kepada ibu-ibu yang sedang hamil,ibu-ibu yang disalurkan Reiki itu l;ebih mudah melahirkan dan bayi-bayi mereka cenderung lebih cerdas.
* Adakah pesakit tidak semestinya percaya dan yakin kepada Reiki untuk memperolehi manfaatnya ?
Tidak perlu percaya.Reiki membantu pesakit sama ada dia percaya kepadanya ataupun tidak.Reiki mambantu bayi,haiwan,tumbuh-tumbuhan dan juga orang yang tidak sedar.Disini jelas persoalan percaya atau yakin tidak timbul.Dengan perkataan lain,terapi reiki bukanlah rawatan berasaskan kepercayaan ( Faith -Healing ),saranan diri ( auto -suggestion ) atau Terapi Placebo.Cuma ada satu perkara yang harus difahami,walaupun seseorang itu tidak percaya kepada Reiki,dia harus berfikiran terbuka atau bersedia untuk menerima apa jua keputusan rawatan ini sama ada positif atau negatif.
* Mengapa pesakit yang diberi ubat bius dan disaluri Reiki biasanya cenderung sedar lebih cepat ?
Bagi Reiki,ubat bius dianggap sesuatu yang tidak seharusnya berada didalam tubuh sehingga energi Reiki mendorongnya keluar dari tuibuh.Oleh sebab itu,apabila seorang pesakit dibedah dan memang seharusnya dibius untuk waktu yang cukup panjang,sebaiknya anda menyalurkan Reiki setelah pesakit tersebut tersedar.
* Mengapa penyembuhan Reiki tidak menyebabkan overdose ?
Kerana energi Reiki adalah energi yang cerdas,ia akan berhenti mengalir dengan sendirinya apabila bahagian tubuh yang disalurkan energi sudah memperolehi energi yang mencukupi.
* Adakah Reiki dapt menyembuhkan masalah kesihatan yang disebabkan oleh kuman atau bakteria ?
Tentu saja dapat.Reiki bermanfaat untuk macam-macam masalah.Namun begitu masalah kesihatan yang disebabkan kuman atau bakteria mengambil masa yang agak lama untuk sembuh kerana prinsip dasar Reiki ialah tidak boleh membunuh hidupan ( kuman & bakteria ialah sejenis hidupan hidup ).Tetapi reiki membantu menggalakkan sistem imun badan melawan kuman & bakteria tersebut.
* Apakah ada manfaanya untuk menyalurkan Reiki ke dalam ubat -ubatan yang akan diminum oleh pesakit ?
Ya.Dari berbagai pengamatan,didapati bahawa ubat-ubatan,pil,vitamin,losyen dan balsam yang telah disalurkan energi reiki bertambah khasiatnya dan memberikan hasil yang lebih baik.
* Adakah rawatan Reiki mengandungi kesan sampingan ?
Kebanyakkan orang akan merasa rileks dan tenang selepas rawatan reiki.Walaubagaimanapun,kadsang-kadang seseorang akan mengalami `KRISIS PENYEMBUHAN`.Getaran energi akan meningkat,toksin yang tersimpan didalam tubuh akan dibebaskan ke dalam aliran darah,ditapis oleh hati dan buah pinggang kemudian dibuang daripada badan.Jika krisis penyembuhan ini berlaku,kadang-kadang seseorang itu akan sakit kepala,sakit perut atau tubuh merasa lesu.Apabila keadaan ini berlaku,anda dinasihatkan banmyak minum air,jangan makan makanan berat berlebihan dan dapatka rehat secukupnya.Ini semua adalah petranda yang baik kerana tubuh anda sedang dibersihkan,pembersihan ini adalah sebahagian daripada proses penyembuhan.
* Saya adalah pengamal Reiki.Setiap kali menyalurkan energi,saya merasa sangat tenang dan nyaman yang terkadang rasanya lebih enak berbanding semasa saya melakukan meditasi.Saya ada mendengar pendapat bahawa perasaan ini adalah disebabkan oleh berkuranganya oksigen dalam otak.Adakah hal ini benar ?
Kami sering menyatakan bahawa kadang-kadang Reiki dapat membawa seseorang ke dalam tahap theta iaitu tahap ketenangan yang dalam.Padahal ramai orang sudah lama melakukan meditasi sukar untuk mencapai tahap alpha iaitu tahap yang lebih rendah daripada tahap theta.Hal ini bukan sama sekali disebabkan oleh kurangnya oksigen dalam otak! Peneranganya adalah mudah,semasa seseorang menyalurkan energi dengan betul energi reiki yang memiliki getaran tinggi masuk melalui chakra mahkota yang terletak di kepala terus mengaktifkan kalenjar pineal sehingga menimbulkan berbagai sensasi atau
rasa termasuk ketenanagan yang mendalam.
* Adakah penyembuhan diri sendiri boleh dilakukan sambil berbaring ?
Ya.selagi anda rileks dan tulang belakang anda cukup lurus ( tidak semestinya dalam keadaan berdiri ) maka anda dapat melakukan penyembuhan diri sendiri atau self-healing.
Kami tiada data yang tepat mengenainya,namun adalah dianggarkan terdapat sekitar 3 juta orang menjadi pengamal Reiki diseluruh dunia.
$ Program D'Aura Ke 2 :-
MASTER TAFAKUR D'AURA. ( M.T.D.A )
THE POWER OF NIAT.
THE POWER OF NIAT.
Metafizik bukanlah agama atau kepercayaan sesuatu agama tetapi ia adalah penghayatan kejadian ALLAH.
Metafizik bermaksud benda-benda yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Secara amnya istilah Metafizik digunakan untuk mengungkap perkara-perkara yang dianggap pelik dan aneh seperti Telepati mampu membaca dan mengirim sesuatu berita / pesanan pada orang lain melalui fikiran atau Astral Travel (Kembara Jiwa).ianya suatu kaedah mengembara menjelajah ke dunia metafizik dengan minda bawah sedar juga dengan pelbagai cara.
PENGERTIAN TENAGA DALAM
( Sinar Ozon)
TENAGA DALAM (Sinar Ozon) adalah sebuah tenaga kekuatan yang terlontar dari olah dalam fizik secara lebih khusus,ianya berasal dari sebuah olah pernafasan yang dipadu sedemikian rupa beserta gerak fizikal dengan komposisi waktu yang tepat.
Tenaga Dalam sebenarnya merupakan aliran elektrik yang terdapat dalam tubuh manusia yang disebut `AURA`.Secara teorinya aura ada pada setiap diri manusia,hanya berbeza kekuatan getaran dan lapisanya.
Tenaga Dalam adalah suatu getaran aliran yang mempunyai sifat berbeza iaitu panas dan dingin yang berasal dari dalam tubuh.Orang yang memiliki tenaga dalam adalah mereka yang telah berhasil memaksimakan potensi auranya.Aliran tenaga dalam dapat dipergunakan bersama tenaga luar baik secara langsung mahupun tidak langsung menyentuh sasaran yang akan kita hancurkan.
Tenaga Dalam adalah suatu sinar daya ghaib yang diolah melalui kaedah khusus dalam diri manusia.Sinar ghaib itu berbeza,ianya sesuai watak,nafsu dan perkembangan mental seseorang.Sinar ghaib itu menyelimuti tubuh secara berlapis-lapis,teba,nipis,rata atau tidaknya bergantung kepada tinggi atau rendahnya tingkat ilmu seseorang itu sendiri.Agar kekuatan ilmunya tetap terpelihara maka disarankan untuk berusaha memperbanyakkan zikir dan melakukan amalan kerohanian sebagai upaya bagi mendapatkan kekuatan dari ALLAH S.W.T.
Pada dasarnya setiap orang memiliki apa yang disebut dengan tenaga dalam,hanya saja mereka tidak mengetahui bagaimana cara membangkiitkan atau mengembangkanya.Tenaga dalam itu sudah ada sejak manusia dilahirkan.Tetapi tenaga itu masih pasif dan sewaktu-waktu akan bangkit bila orang tersebut dalam keadaan panik,tidur berjalan,terhipnosis atau ketakutan yang luar biasa.
CONTOH:
Seseorang yang takut kepada anjing akan memiliki kemampuan yang luar biasa dalam berlari menghindari kejaran anjing yang berlari cepat.Bila terdesak,orang tersebut dapat melompati tembok setinggi 2 meter dengan sekali lompat.Rasa takut yang berlebihan tersebut dapat membangkaitkan tenaga dalamnya yang sedang `tidur`.Secaranya otomatis tenaga dalam tersebut bangkit dan tersalur pada kedua kakinya yang sedang dipergunakian untuk berlari,tetapiu setelah berhasil menyelamatkan diri.Kekuatan itu reda dan energi itu `tidur` kembali.Kemudian orang itu baru menyedari bahawa dirinya telah melakukan sesuatu yang luar biasa.
Orang yang sedang tidur berjalan dapat melakukan hal-hal yang luar biasa dan tidak wajar apabila orang itu dalam keadaan sedar.Hal itu dapat dilihat dari gerakan akrobatik ketika orang tersebut tidur berjalan seperti jalan diatas atap rumah atau mengigau tentang kejadian yang akan datang.
PROSES TERJADINYA TENAGA DALAM
Manusia memiliki unsur kimia tubuh (Body Chemistry) yang bernama ATP ( Adenosin Tri Phosphate).ATP ini dapat berubah menjadi energi melalui proses metabolisme tubuh.Secara sederhana dapat ditulis seperti dibawah :
O2 + ATP + GLIKOGEN ENERGI.
Permasalahanya adalah bagaimana cara mengoptima dan membangkitkan energi yang tersimpan itu agar dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Bayangkan bila kita dapat membangkitkan seluruh energi tersebut,manusia dapat mengubah tubuhnya menjadi energi dan dapat melakukan apapun yang diimaginasikan dan difikirkan.
FUNGSI-FUNGSI SENI METAFIZIK
D'AURA :
2. Untuk mempertajam panca indera.Kelima panca indera mulai dari penglihatan,pendengaran,penciuman,indera peraba dan perasa menjadi lebih peka pada tingkatan tertentu ke atas.
3. Membangkitkan indera keenam.Indera keenam yang lazim disebut dengan Extra Sensory Perception ( ESP ) bila sudah bangkit maka firasat kita akan menjadi tajam dan boleh mengetahui adanya bahaya sebelum terjadi.Selain itu juga,dapat mengetahui niat jahat seseorang hanya dengan melihat sekilas raut wajah orang tersebut.
4. Memperkuat memori otak.Otak kita memiliki berjuta-juta sel dengan kapasiti memori yang sangat besar,bahkan sampai sekarang belum ada kepastian berapa kapasiti serbenarnya dari memori manusia.Bila sel-sel- otak memiliki bekalan energi yang mencukupi,semua memori otak akan bekerja.Mungkin anda tahu bahwa pencipta Teori Relatifiti yang diakui sebagai orang genius.Padahal ia baru mampu menggunakan 3% kapasiti sel otaknya.Dengan latihan tenaga dalam,individu akan dapat merangsang daya kerja sel-sel otak yang tadinya bersifat pasif kerana kekurangan bekalan energi.
5. Meningkatkan kesihatan dan daya tahan tubuh dari serangan fisik dan penyakit.Tubuh akan menjadi kebal terhadap berbagai macam penyakit apabila tenaga dalam sudah kuat.Bahkan sekaligus boleh mengubati penyakit yang sudah lama.Sebenarnya tubuh yang menjadi lemah adalah kerana kekurangan energi.Dengan energi yang lebih,tubuh akan menjadi semakin padat dan searah sehingga tubuh menjadi gagah sekali.Maka wajarlah apabila orang yang memiliki tenaga dalam,tubuhnya akan tebal terhadap segala jenis senjata,benturan,penyakit dan segala macam gangguan medis mahupun non-medis.
Sebenarnya banyak sekali perkembangan dari fungsi utama yang dinyatakan di atas,hanya terlalu panjang untuk dihuraikan.Kebanyakan tenaga dalam lebih efektif apabila digunakan dalam pertempuran,sebab memiliki daya hancur yang tinggi dan memiliki daya penyembuh yang juga tinggi.Berbeza jauh dengan tenaga metafizik.Tenaga metafizik di dalam mempengaruhi suatu objek sangat halus,bahkan dapat dikatakan prosesnya tidak terasa tetapi hasilnya nyata.Dalam kursus yang akan kami adakan,para pelajar akan diajar kedua-dua teknik tenaga serta cara yang lebih efektif dan mudah.
- TUJUAN MENGAMALKAN
SENI TAFAKUR D'AURA -
* Sebagai satu cara untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH S.W.T.
* Sebagai jalan untuk menegakkan amar ma`ruf dan nahi mungkar terhadap sesiapa sahaja serta menolong orang yang perlukan pertolongan.
* Sebagai satu usaha untuk membentuk insan-insan muslim yang mukmin,taat,ikhlas,sabar,tawakkal dan bertaqwa dalam menghadapi berbagai masalah.
* Sebagai pembentukan akhlak,aqidah,ibadah dan muamalat bagi menegakkan agama dan memperkuatkan persaudaraan islam.
SYARAT MENGAMALKAN KEILMUAN.
# KEYAKINAN
# KETEKUNAN
# KEBERANIAN
# KETEGUHAN JIWA
Bagi mendapat manfaat dan mencapai hasil yang maksima dari latihan dan pengamalan maka haruslah mematuhi syarat :
*Hendaklah beriman kepada ALLAH S.W.T dengan mengamalkan segala suruhanya dan meninggalkan segala laranganya.
* Mengamalkan sunnah RASULULLAH SAW
* Memperbanyakkan ibadah sunat.
* Memperbanyakkan istighfar dengan meletakkan diri sebagai yang paling lemah.
* Tidak mementingkan diri sendiri.
* Menghargai segala ilmu dan jangan mencela ilmu orang.
* Niat hendak melakukan dakwah
PANTANG LARANG
* Apa yang dilarang oleh agama itulah yang menjadi pantang larangn
MANFAAT
ROHANI :-
MENGAPA KITA PERLU
MENGOLAH ROHANI.
Alasan yang paling penting mengapakah kita harus mengolah rohani adalah agar kita memperoleh kebahagiaan,ketenangan,keselamatan dan keberuntungan selama hidup di dunia hingga akhirat kelak.
MENGENAL ORGAN JASMANI
Kerana Apa?
1. Dalam jasmani yang sihat terdapat jiwa yang kuat.
2. Jika jasmani sakit,maka fungsi rohani akan terhad.
Tugas sederhana yang perlu dilakukan untuk menjaga jasmani adalah :
* Makan minum yang halal dan baik serta tidak berlebihan.
* Istirehat yang secukupnya dan tidak berlebihan.
* Bersenam dan berkerja untuk kelancaran metabolisme tubuh.
* Menjaga kesihatan dan melindungi tubuh dari pengaruh cuaca.
* Melatih dan berusaha mengoptimakan fungsi panca indera.
Kemanafaatan jasmani ditunjang dengan panca indera :
*Mata untuk melihat -dibantu dengan adanya rangsangan sinar.
* Hidung untuk bau dan cium -dibantu dengan adanya ransangan harum.
* Telinga untuk mendengar - dibantu dengan adanya ransangan suara.
* Lidah untuk merasa - dibantu dengan adanya ransangan rasa.
* Kulit untuk meraba - dibantu dengan adanya ransangan sentuhan.
Pancaindera tersebut diatas boleh berfungsi dalam tubuh kerana adanya bio elektrik.Seperti radio,televesyen,komputer dan lain-lain dapat berfungsi kerna adanya arus elektrik.Di dalam jasmani manusia yang sihat sudah terdapat bio elektrik dengan kadar alami dan standard untuk menunjang kehidupan.Untuk memaksimakan fungsi rohani kita harus terlebih dahulu memaksimakan fungsi jasmani.Caranya ialah dengan meningkatkan daya bio elektrik dalam tubuh jasmani.Peningkatan ini dilakukan dengan :
* Pembangkitan daya bio elektrik.
* Melakukan olah nafas untuk meningkatkan bio elektrik.
Dalam tubuh jasmani yang sudah memiliki bio elektri yang kuat akan memancarkan cahaya ara yang disebut aura fizik atau aura luar.Biasanya aura ini boleh difotokan atau dilihat dengan mata biasa yang sudah terlatih.
Dalam oengenalan jasmani ini,yang paling penting ialah
* Menjaga badan jasmani tetap siuhat dan kuat.
* Memaksimakan fungsi pancaindera dengan menambahkan daya bio elektrik dalam tubuh.
MENGENAL ORGAN ROHANI
( indera keenam ).
Kewujudan indera keenam ini tidak nampak atau non fizik.Tugasnya adalah membantu dan mempertajamkan fungsi :
* Fikiran -untuk mengolah data.
* Hati - untuk mengolah rasa.
Orang yang sihat rohaninya mampu berfikir dan merasakan sebagaimana kebanyakan orang,tidak ada nilai lebihnya.Tetapi bagi orang yang mahu mengolah rohaninya sehingga rohaninya kuat akan :
* Mampu memikirkan hal atau sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh orang biasa.
* Mampu merasakan hal atau sesuatu yang tidak dapat dirasakan oleh orang biasa.
Perkara pokok yang perlu dalam mengolah rohani adalah :
# Mengenal dan merasakan kewujudan fikiran dan hati.
# Mengistirehatkan fungsi fikiran dan hati.
# Menguatkan daya cipta pada fikiran dan daya rasa pada hati.
# Mengenal sumber kekuatan inti di dasar rohani.
# Menyalur kekuatan inti kedalam fikiran dan hati.
CARA MENGHIDUPKAN KEKUATAN
ROHANI
( MENGHIDUPKAN AURA FIZIK PADA
JASMANI. )
* Penyembuhan penyakit kerana kekurangan bio elektrik.
* Memaksimakan dan melipat gandakan kekuatan indera.
* Mencegah kerosakan atau melemahkan fungsi indera.
* Membuat indera lebih peka,sensitif dan bekerja tahan lama.
CARA MENINGKATKAN BIO ELEKTRIK DALAM TUBUH :
* Membangkitkan bio elektrik dalam tubuh.
* Melakukan senaman pernafasan untuk menambahkan daya bio elektrik.
MENGHIDUPKAN AURA PSIKIS
PADA ROHANI
daya ;
* Hidup.
* Daya kehidupan.
Cara menyalurkan Daya Kehidupan ke dalam rohani dan meningkatkan aura psikis :
* Pengisian aura psikis oleh Master teacher baik secara langsung /hadir atau jarak jauh.
* Mengembangkan sendiri dengan beberapa cara.
* Secara ilahiah amalan khusus.
* Secara alamiah iaitu dengan tafakur.
* Secara amaliah iaitu dengan berbuat amal kebajikan,kebaikandan berbuat baik pada makhluk.
SENI PENYEMBUHAN AURA
TAFAKUR D'AURA
(Penyembuhan alami yang
berkonsepkan empat unsur alam )
Dalam kaedah Penyembuhan Seni Tafakur D'Aura,ianya tidak lari daripada istilah Prana,Tenaga Dalam,Homeopathy,Aura,Bio-elektrik,Aromaterapi,Multi iso Bionic dan sebagainya dimana kesemua istilah ini mempunyai hubungkait antara satu sama lain.
SENI TAFAKUR D'AURA.
Manfaat dari Seni Tafakur Power ini :
Nol.
* Mengatasi stress.
* Ketenangan Batin.
* Meningkatkan kualiti beragama.
* Meningkatkan kepercayaan diri.
* Mengawal nafsu ke tahap Muthmainnah.
* Menghancurkan energi negative.
* Membuang penyakit dan mengawalnya.
* Menguatkan energi diri.
* Membesarkan energi chakra.
* PESERTA KURSUS AKAN DIBERIKAN SIJIL KURSUS,SIJIL KEAHLIAN KELAB, KAD AHLI DAN STIKER.
* BUKU MANUAL JUGA DISERTAKAN.
* BIMBINGAN BERTERUSAN TANPA
SEMPADAN.
* PESERTA KURSUS SECARA TIDAK
LANGSUNG LAYAK MENJADI AHLI KELAB D'AURA.
* BOLEH DIAMBIL SERENTAK ATAU
BERASINGAN ( Personal / Anjuran
Seminar Kursus.)
PAKEJ-PAKEJ YANG DITAWARKAN :
PAKEJ A :
- * Program ~ KURSUS PSIKOLOGI ENERGI REIKI D'AURA.~
- Level 1 & Lanjutan : RM 100.00
- Level Master : RM 200.00.
- Level 1,2 & Master Gold Reiki : RM 250
PAKEJ B :
* Program ~ILMU SENI TAFAKUR D'AURA.~
-Level Biasa : RM 100.00.
-Level Master : RM 200.00
PAKEJ C :
*Program~ ILMU POTENSI AURA & SCANNING PENDULUM D'AURA.~
- RM :100.00
PERCUMA : Ijazah Amalan Doa Nurun An Nubuwwah.
Pelbagai manfaat dan kebolehan istimewa yang akan anda dapat rasai :
RAHSIANYA ADA PADA KAMI :
Hubungi :0166647967 (Master Ki Nan)
$ PROGRAM SEMINAR NO 3 :
HIKMAH AL LATHIF D'AURA.
(Pakaian Hulubalang Silam)
Segala pujian bagi Allah yang Menguasai sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW juga keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Dewasa ini suasana masyarakat kita yang berbilang bangsa dipenuhi bermacam-macam gejala sosial seperti penipuan, pencurian, rompakan, pembunuhan, rogol, merampas harta orang lain, anak-anak degil, suami yang tidak bertanggungjawab, isteri yang derhaka dan sebagainya.
Terpanggil dengan keadaan ini dengan izin Allah saya susunkan amalan HIKMAH ASMA POWER D'AURA yang merupakan amalan hulubalang terdahulu yang kian dilupai dan sukar untuk ditemui. Ilmu ini telah saya diamalkan sejak beberapa tahun yang lepas, alhamdulillah banyak perubahan yang positif dapat dilihat. Ada beberapa tambahan dalam amalan dan kaifiatnya yang saya petik dari beberapa keilmuan dari Indonesia untuk memperkayakan lagi khazanah ilmu ini.
Anda merupakan salah seorang yang akan menghidupkan dan menyambung khazanah amalan ini. Gunakanlah ilmu ini untuk tujuan kebaikan. Saya tidak redha jika anda menggunakan ilmu ini untuk kejahatan dan sekiranya perbuatan itu sampai ke pengetahuan saya, insyaAllah saya akan membuang hikmah ilmu ini dari badan anda.
Semoga ianya dapat dijadikan bahan amalan dunia akhirat. Sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah, segeralah berhubung dengan saya agar apa yang tersirat akan terurai.
Kelebihan Hikmah Asma Power D'Aura.
Aman dari kejahatan makhluk halus dan manusia walaupun anda berada di mana sekalipun.
Pukulan lawan tidak akan sampai ke badan anda bahkan lawan akan kaku dan lemah longlai.
Memancarkan karisma, awet muda, menjerat sukma, penakluk sukma dimana anda akan disegani dan dihormati oleh kawan mahupun lawan.
Kata-kata anda dipatuhi oleh orang. Perkataan yang keluar dari mulut anda akan diterima pakai.
Rezeki akan menjadi lancar dan berkat. Anda sering memperolehi rezeki yang tidak terduga. Perniagaan akan lancar dan maju serta laris.
Fikiran anda akan menjadi tenang, cerdas, cerah dan terang hati.
Memilki daya kekuatan ghaib yang dapat dimanafaatkan bagi berbagai kegunaan dan keperluan.
Ijazah : Hadir bertemu mata / jarak jauh.
Mahar : Seikhlasnya.Hubungi : Master Mohd.
"ambo ore kampung gaung, maaf banyak2 ku"
“ambo ore kampung gaung, maaf blako deh”
Ilmu ini tergolong dalam golongan ilmu sulit dan sakti. Di dalam Negeri kelantan ia masyhur dengan panggilan “isim Bikhafi”. Orang-orang tua selalu berpesan dan menyuruh supaya mencari dan mendapatkan ilmu ini. kenapa? sudah tentu ada rahsia yang sangat besar terkandung dlm “isim” ini. isim ini tidak boleh diamalkan sebarangan, kerana kemujarabannya adalah terhenti atas ijazah dari ahlinya. Pengamal yang tidak mempunyai ijazah dan kemantapan rohani ditakuti tumbang ditengah jalan…susah nanti.
Di Indonesia ia dikenali dengan nama ilmu tongkat nabi musa, tapi saya lebih suka menamakannya dengan ilmu khatam nabi sulaiman. kenapa? susah ambo nak jelaskan di sini. Ilmu ini juga ada kaitan yang amat rapat sekali dengan Rajah Naga Cintamani yang saya paparkan sebelum ini Banyak komen yang saya terima berkaitan gambr rajah tersebut yang saya sengaja tak jawab…Banyak sekali khasiat dan kegunaannya. Semua kelebihan ini adalah bersandarkan pada keizinan dan kekuasaan Allah SWT dengan melalui kemulian dan keramat ilmu ini. Pengamalan Ilmu ini secara istiqamah akan dapat dimanfaatkan tanpa perlu kepada bantuan sebarang azimat, jin atau pun khadam khusus. Dikata orang, tahap pengamalan ilmu ini secara umumnya terbahagi kepada 3 peringkat
Pada peringkat pertama: Seorang pengamal akan mula merasai ketenangan dan kepekaan batin, ketajaman minda, memiliki pagar ghaib serta mampu mengesan pelbagai energi lembut yang ada disekitarnya.
Pada peringkat kedua: Seorang pengamal yang sudah sebati dengan amalannya akan dapat dengan mudah menggunakan kekuatan batinnya,mematahkan serangan sihir dan gangguan jin, memasung lidah musuhnya, pengasih, penggerun, kata-katanya dipatuhi orang, menyerap energi, metafisis, menghilangkan penghalang yang menyebabkan terjadinya kesempitan rezeki dan kesulitan jodoh, mengesan penyakit dan merawatnya, mendamaikan rumah tangga, memagari rumah dll.
Pada tahap Tertinggi: Seorang pengamal akan dapat meghaibkan diri dari pandangan seterunya, mengalih hujan, menyeru orang lain dari kejauhan, berkomunikasi dengan jin ataupun khadam serta kemampuan lain yang akan diperolehi secara khusus. Namun tidak semua orang akan berjaya mencapai tingkat ketiga ini dengan sempurna, kerana ia memerlukan kebersihan hati dan potensi batin yang dimiliki.
Doa Keramatnya:
بسم الله الرحمن الرحيم
بخفى لطف الله بلطيف صنع الله بجميل ستر الله ببديع عفوالله بسريع كرم الله باغاثة جود الله بألف ألف لاحول ولا قوة الا بالله دخلت فى كنف الله وتمسكت بكتاب الله واستجرت برسول الله صلى الله عليه وسلم بدوام ملك الله ببقاء ملك الله بلا حول ولا قوة الا بالله بياه ٢ أهيل ٢ أهياش ٢ حجبت نفسي بحجاب الله ومنعتها بآيات الله وحصنتها بالآيات والذكر الحكيم بحق من يحى العظام وهى رميم جبريل عن يميني وميكائيل عن يساري واسرافيل من خلفي وسيدنا محمد صلى الله عليه وسلم أمامي وعصا موسى فى يدي فمن رآني هابني (أطاع أمري) وخاتم سليمان على لساني فمن تكلمت معه قضى الله حاجتي ونور يوسف على وجهي فمن رآني أحبني والله من ورآئهم محيط بل هو قرآن مجيد فى لوح محفوظ وهو المستعان به على أعدآء لااله الا الله الكبير المتعالى وصلى الله على سيدنا محمد النبى الأمى وكاشف الغم وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا والحمد لله رب العالمين
Kaifiat amalanya :-
– Baca Dua kalimat Syahadat.
– Shalawat tafrijiah 3 kali.
– Surat Al-Fatihah dengan niat hadiah pahala bacaannya kepada baginda Rasulullah saw.
– Lakukan amalannya semampu dan seiklasnya kepada Rabbul Jalil.
– Rukun utama ilmu ini adalah Bulatnya hati dan keinginan meningkatkan kualiti jiwa.
kepada pembaca yang inginkan ijazahnya insyaallah saya akan beri jika ada KELAYAKAN. Dengan syarat bersemuka 4 biji mata.
"ambo ore kampung gaung, maaf banyak2 ku"
“ambo ore kampung gaung, maaf blako deh”
Ilmu ini tergolong dalam golongan ilmu sulit dan sakti. Di dalam Negeri kelantan ia masyhur dengan panggilan “isim Bikhafi”. Orang-orang tua selalu berpesan dan menyuruh supaya mencari dan mendapatkan ilmu ini. kenapa? sudah tentu ada rahsia yang sangat besar terkandung dlm “isim” ini. isim ini tidak boleh diamalkan sebarangan, kerana kemujarabannya adalah terhenti atas ijazah dari ahlinya. Pengamal yang tidak mempunyai ijazah dan kemantapan rohani ditakuti tumbang ditengah jalan…susah nanti.
Di Indonesia ia dikenali dengan nama ilmu tongkat nabi musa, tapi saya lebih suka menamakannya dengan ilmu khatam nabi sulaiman. kenapa? susah ambo nak jelaskan di sini. Ilmu ini juga ada kaitan yang amat rapat sekali dengan Rajah Naga Cintamani yang saya paparkan sebelum ini Banyak komen yang saya terima berkaitan gambr rajah tersebut yang saya sengaja tak jawab…Banyak sekali khasiat dan kegunaannya. Semua kelebihan ini adalah bersandarkan pada keizinan dan kekuasaan Allah SWT dengan melalui kemulian dan keramat ilmu ini. Pengamalan Ilmu ini secara istiqamah akan dapat dimanfaatkan tanpa perlu kepada bantuan sebarang azimat, jin atau pun khadam khusus. Dikata orang, tahap pengamalan ilmu ini secara umumnya terbahagi kepada 3 peringkat
Pada peringkat pertama: Seorang pengamal akan mula merasai ketenangan dan kepekaan batin, ketajaman minda, memiliki pagar ghaib serta mampu mengesan pelbagai energi lembut yang ada disekitarnya.
Pada peringkat kedua: Seorang pengamal yang sudah sebati dengan amalannya akan dapat dengan mudah menggunakan kekuatan batinnya,mematahkan serangan sihir dan gangguan jin, memasung lidah musuhnya, pengasih, penggerun, kata-katanya dipatuhi orang, menyerap energi, metafisis, menghilangkan penghalang yang menyebabkan terjadinya kesempitan rezeki dan kesulitan jodoh, mengesan penyakit dan merawatnya, mendamaikan rumah tangga, memagari rumah dll.
Pada tahap Tertinggi: Seorang pengamal akan dapat meghaibkan diri dari pandangan seterunya, mengalih hujan, menyeru orang lain dari kejauhan, berkomunikasi dengan jin ataupun khadam serta kemampuan lain yang akan diperolehi secara khusus. Namun tidak semua orang akan berjaya mencapai tingkat ketiga ini dengan sempurna, kerana ia memerlukan kebersihan hati dan potensi batin yang dimiliki.
Doa Keramatnya:
بسم الله الرحمن الرحيم
بخفى لطف الله بلطيف صنع الله بجميل ستر الله ببديع عفوالله بسريع كرم الله باغاثة جود الله بألف ألف لاحول ولا قوة الا بالله دخلت فى كنف الله وتمسكت بكتاب الله واستجرت برسول الله صلى الله عليه وسلم بدوام ملك الله ببقاء ملك الله بلا حول ولا قوة الا بالله بياه ٢ أهيل ٢ أهياش ٢ حجبت نفسي بحجاب الله ومنعتها بآيات الله وحصنتها بالآيات والذكر الحكيم بحق من يحى العظام وهى رميم جبريل عن يميني وميكائيل عن يساري واسرافيل من خلفي وسيدنا محمد صلى الله عليه وسلم أمامي وعصا موسى فى يدي فمن رآني هابني (أطاع أمري) وخاتم سليمان على لساني فمن تكلمت معه قضى الله حاجتي ونور يوسف على وجهي فمن رآني أحبني والله من ورآئهم محيط بل هو قرآن مجيد فى لوح محفوظ وهو المستعان به على أعدآء لااله الا الله الكبير المتعالى وصلى الله على سيدنا محمد النبى الأمى وكاشف الغم وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا والحمد لله رب العالمين
Kaifiat amalanya :-
– Baca Dua kalimat Syahadat.
– Shalawat tafrijiah 3 kali.
– Surat Al-Fatihah dengan niat hadiah pahala bacaannya kepada baginda Rasulullah saw.
– Lakukan amalannya semampu dan seiklasnya kepada Rabbul Jalil.
– Rukun utama ilmu ini adalah Bulatnya hati dan keinginan meningkatkan kualiti jiwa.
kepada pembaca yang inginkan ijazahnya insyaallah saya akan beri jika ada KELAYAKAN. Dengan syarat bersemuka 4 biji mata.
Mahar : Seikhlasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan