Sabtu, 22 Ogos 2020

SALAM MAAL HIJRAH



Salam Maal Hijrah 1442 kepada muslimin dan muslimat seantero alam.

Semoga kedatangan Tahun hijrah ini akan membawa limpahan rahmat dan kasih dari-Nya.

Semoga ibu-ibu, ayah-ayah, tuan puan, cik serta rakan yang saya kenali dipermudahkan urusan kalian. Diberikan kekuatan dan keteguhan iman serta bertambah keyakinan kepada Allah.

ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Awal Muharram adalah hari yang penting bagi kita ummat Islam kerana ia menandakan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Makkah ke Madinah pada 622 Masihi.

Sambil memperingati semula perjuangan Nabi Muhammad demi menegak syiar islam, mari sama-sama kita lakukan juga doa akhir tahun dan awal tahun.

Walaupun ianya bukan satu tuntutan yang wajib, isi atau intipati doa amat bagus untuk kita sama-sama amalkan.

Aturan membaca doa ini ringkas dan mudah.

Selepas waktu asar, baca doa akhir tahun iaitu pada hari terakhir Zulhijjah (Jika tidak mahir baca doa dalam bahasa arab, terus kepada terjemahan doanya sahaja ya).

Selesai berdoa, sementara menunggu waktu maghrib masuk. Isikan masa dengan membaca al-Quran atau zikir ringkas.

Masuk waktu maghrib, solat seperti mana yang biasa kita diperintahkan.

Selesai solat Maghrib, barulah kita baca doa awal tahun iaitu pada 1 muharram. Baca doa tersebut sebanyak 3 kali (Jika tidak mahir baca doa dalam bahasa arab, terus kepada terjemahan doanya sahaja ya).

Semoga bermanfaat untuk kalian dan selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan