Di malaysia,Radiasthesia atau Radionic telah dipraktikkan bersama oleh para pengamal homeopathy dan biokimia.
Radiasthesia bermakna `persepsi` atau `penerimaan` kepada radiasi.Terdapat alat-alat yang boleh menerima radiasi seperti alat `Geiger Counter` yang boleh merasai radiasi logam-logam di dalam perut bumi.Biasanya alat ini digunakan oleh tentera untuk mengenal pasti kedudukan periuk api.Walaubagaimana pun,belum wujud alat yang dicipta untuk mengesan benda `Immaterial` seperti fikiran.
Kaedah Radiasthesia atau Radionic cuba menyelesaikan perkara ini dan telah pun diguna pakai untuk memberi jawapan kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh manusia khasnya begi mengetahui sesuatu penyakit,ubat,penawar,air,minyak atau sumber asli.
TEORI RADIATHESIA ATAU RADIONIC
Radiasthesia vmerupakan satu cabang sains yang berkait dengan pengkajian tentang medan-medan tenaga dan manusia yang sensitif atau pengkajian tentang penerimaan (rasa) atau reaksi badan manusia kepada radiasi yang berintensiti sangat rendah.Teknik operasinya dinamakan `dowsing` atau `diving` dan sebagainya.
Operasi ini digunakan bagi tujuan perubatan,ia digelar Radiathesia di England dan Radionic di Amerika Syarikat.Bagi menjalankan operasinya,apa yang perlu ialah sebuah pendulum.Berbagai-bagai jenis pendulum digunakan,tetapi yang lebih sensatif adalah pendulaum magnet dan pendulum perak.Walaubagaimana pun,pendulum yang diperbuat dari batu kristal dan diikat dengan rantai perak juga boleh digunakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan