Sabtu, 15 November 2014

MEDITASI BERSAMA KAEDAH REIKI.


  REIKI HEALING atau pemulihan reiki berasal daripada negara jepun.Reiki bermaksud `universal life force energy` dimana rei bermaksud universal atau menyeluruh dan ki bermaksud life force energy atau tenaga hidup.Konsep tenaga diamalkan oleh banyak kaum di dunia ini dengan nama berbeza-beza,sepoerti bangsa cina yang memanggilnya sebagai chi dan india menyebut prana.

  Konsep reiki adalah apabila tenaga pemulihan masuk melalui pemulih atau mereka yang mempelajari tekni ini.Mereka bertindak sebagai saluran untuk aliran tenaga dan dari situ tenaga dilalukan kemana-mana bahagian badan seseorang yang sedang dirawat.Melalui konsep rawatan reiki,terbit kepercayaan bahawa dalam badan seseorang memang ada keupayaan pemulihan semulajadi.
Tenaga reiki yang disalurkan masuk sewaktu rawatan akan meransang keupayaan pemulihan semulajadi badan seseorang untuk membuang sekatan fizikal dan emosi yang menjadi punca penyakit.

  Rawatan reiki membersihkan kesihatan dalaman badan dan menyeimbangkan sistem chakra badan supaya memberi harmoni kepada minda,badan dan rohani.Seterusnya ia menggalakkan sikap positif pada diri seseorang.

  Reiki berbeza daripada kaedah pemulihan lain kerana adanya proses `attunement` iaitu proses seseorang Master Reiki akan membuka ruang atau saluran kepada penuntut untuk menerima tenaga reiki dan menjadikan diri mereka saluran untuk aliran tenaga.Tenaga ini datang dari sumber universal dan
bukan tenaga orang yang merawatnya.Apabila seseorang sudah diberikan attunement oleh master reiki,tenaga reiki ini akan sentiasa kekal pada diri mereka.

  Reiki juga ada sejarahnya sendiri.Ia diasaskan oleh Dr.Mikao Usui,yang ingin mengetahui cara memulihkan atau merawat fizikal dan rohani seseorang.Dr.mikao usui mempelajari semua kitab termasuk injil,buddha dan sanskrit tetapi kesemuanya menemui kegagalan.Kemudian ia mengambil keputusan untuk naik ke pergunungan kuri yama dan bertapa dengan berpuasa disana selama 21 hari.Hanya pada awal subuh hari ke 21 barulah dia menjumpai jawapanya apabila satu keajaiban berlaku pada dirinya.Dia dikejutkan dengan cahaya yang terang menghala kearahnya.Dari cahaya itulah dia menjumpai jawapan yang dicarinya.Gembira dengan penemuan itu,Dr.Mikao Usui bergegas turun.Dalam keadaan kelam kabut,Dr.Mikao Usui terlanggar batu lalu ibu jari kakinya terluka.Dr.Mikao Usui pun terus menekap aliran darah pada kakinya tadi,tanpa disangka tidak sampai berapa minit dia terkejut melihat tiada darah keluar dan sakit pun hilang.Baginya ia keajaiban kedua yang dialaminya.Keajaiban ketiga berlaku apabila setelah turun dari gunung,dia berhenti makan,disitu dia terlihat seorang anak kecil yang menangis sakit gigi.Dr. Usui menawarkan diri untuk cuba memulihkan kesakitanya,lalu meletakkkan tanganya pada geraham budak itu.Bengkak dan kesakitan mulai reda dan semakin hilang.Keajaiban keempat dilihat apabila sampai di kuil buddha,dia terjumpa seorang sami dalam kesakitan kerana mengalami arthritis.Dr.Usui meletakkan tangan ketempat yang sakit dan tidak lama kemudian kesakitan itu juga hilang.

 Prinsip reiki ini diajar kepada murid-muridnya.Reiki dikenali asal-usulnya melalui cabang-cabanya diserata dunia.Daripada Dr.Mikao Usui kepada Dr Chujiro Hayashi,dan kemudianya Hawato Takata.Takatalah yang bertanggungjawab membawa reiki ke amerika syarikat dan negara2 lain diseluruh dunia.Cabang Master atau guru yang menurunkan ilmu itu menunjukkan ketulenan reiki yang dipelajari seseorang.

  Dr Mikao Usui juga mencipta lima prinsip rohani reiki yang harus diikuti sebagai langkah meditasi.Dia menciptanya apabila mendapati ada pesakit yang tidak bersyukur.Prinsip ini mendidik kita untuk menghargai kehidupan dan berubah menjadi lebih positif.

  Kelima-lima prinsip ini mengikut kaedah Reiki Kundalini di Dimensi Aura Malaysia ialah :

* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku padamkan api kemarahanku.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku padamkan resah kerisauanku.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku bersyukur di atas segala nikmat kurniamu.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku berlaku jujur diatas segala tugasku.
* Untuk hari ini keranamu Ya Allah,ku berlaku baik keatas setiap makhlukmu.

MAKLUMAN : Reiki tidak ada kena mengena dengan agama apa pun,juga tiada mengandungi unsur2 khurafat.Ianya hanyalah ilmu berkaitan psikologi energi..

*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan