Sabtu, 8 November 2014

PENYEMBUHAN METAFIZIK TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SIFAT TAWAKKAL.


  Disebutkan di dalam Musnad dan sunan,hadis dari Abu Khuzamah,dia berkata yang bermaksud :
`Aku berkata : Ya Rsulullah,apakah tangkal yang kita pakai atau ubat yang kita gunakan itu dalam menolak ketentuan ALLAH ? Rasulullah menjawab :Itu pun termasuk ketentuan ALLAH !`
    Hadis diatas dengan jelas menolak anggapan mereka yang mengingkari pentingnya pengubatan.Sebenarnya berubat dari penyakit itu sama sekali tidak bertentangan dengan sifat tawakkal,bahkan perkara itu menunjukkan kesempurnaan vsifat tawakkal.Mereka yang tidak mahu berubat itulah yang yang lemah sifat tawakkalnya dan menyerahkan diri mereka kepada kebinasaan sedangkan menjerumuskan diri kepada kebinasaan itu,haram hukumnya.Sebagaimana yang terdapat nash dari al quran dan Sunnah Rasulullah.Telah diwartakan bahawa meninggalkan usaha berubat itu tidak termasuk tawakkal.
  Di dalam kitab Al Arba`iin ada menyatakan bahawa hakikat tawakkal yang sebenarnya itu adalah perwujudan ( manifestasi ) yang timbul dari tauhid yang murni dan nampak bekas-bekasnya pada anggota badan dengan amal perbuatan.
         Dan di dalam ihya`menyebutkan yang ertinya :
`Dikatakan kepada Ahmad bin Hambal : Bagaimana pendapat tuan tentang orang yang hanya duduk dirumahnya atau di masjid seraya mengatakan : Saya tidak akan mengerjakan apa-apa sampai rezekiku datang ! Ahmad bin Hambal menjawab :Orang itu tidak mengerti ilmu,tidakkah dia mengetahui bahawa Rasulullah saw sendiri mengatakan :Sesungguhnya Allah Taa`la menjadikan rezekiku di bawah naungan tombakku?
     Ini menunjukkan betapa pentingnya berikhtiar.Perkara ini diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud :SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA .
     Dari keterangan diatas jelaslah bahawa,berubat sama sekali tidak bertentangan dengan sifat tawakkal bahkan ia termasuk dalam bahagian tawakkal itu sendiri.Sebab makna Tawassul itu ialah menyerahkan segala urusan kepada ALLAH SWT setelah mengusahakanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan