Sabtu, 8 November 2014
METAFIZIK DENGAN KUASA YANG MENYEMBUHKAN.
Banyak orang menyangka bahawa doktor atau ubat ubatan yang diberikan telah cukup mempunyai kekuasaan buat menyembuhkan penyakit,padahal prasangka demikian itu adalah sangat keliru sekali.Memang ahli-ahli ilmu kimia yang pandai telah dapat memperbaiki keadaan sel-sel dalam tubuh yang hidup.Telah bantak sel-sel yang lemah telah diperkuatkan.Akan tetapi kita harus sedar bahawa segala tenaga pekerjaan adalah milik ALLAH.Apabila sesuatu mekanisma yang ada di dalam tubuh manusia telah diperintahkan supaya behenti bekerja,maka seseorang itu akan merasai sakit.Apatah lagi jika diarahkan semua sel-sel dan mekanisma berhenti bekerja maka matilah manusia itu.Tiada sekali-kali pengetahuan dan kepandaian manusia dapat menggembalikan kehidupan itu lagi walaupun mereka telah mencuba dengan pelbagai peralatan moden dan canggih.
Jadi kekuasaan kehidupan yang telah diberikan allah ke dalam sel-sel manusialah yang menyembuhkan penyakit.Nah,kekuasaan yang menyembuhkan itu bukanlah hasil dari kemajuan doktor dalam ilmu kedoktoranya.Tetapi kita wajib berikhtiar sebagaimana telah disebutkan didalam sebuah hadis yang bermaksud :
Disebutkan di dalam musnad imam ahmad,hadis dari Ziyad bin `Alaqoh daripada Usamah bin Syarik,dia berkata: Tempoh hari ketika saya berada di samping Rasulullah saw tiba-tiba datanglah orang-orang arab desa,mereka berkata :Ya Rasulullah,apakah kami harus berubat ( jika sakit )? Rasulullah menjawab : Ya Wahai hamba -hamba ALLAH,berubatlah kamu sebab tidaklah ALLAH menurunkan penyakit,melainkan dia menurunkan pula ubat bagi penyakit
itu,kecuali satu.Mereka bertanya : Apakah yang satu itu Ya Rasulullah? Rasulullah menjawab :Al Haromu (kelemahan usia lanjut )
Memang seringkali kita menjumpai orang yang sakit dapat sembuh dengan sendirinya tanpa memakan ubat atau menerima apa-apa rawatan melainkan hanya dengan berihat,memperbanyakkan minum air dan mengaturkan pemakanan yang seimbang.Ini merupakan bukti yang tidak dapat disangkalkan bahawasanya memanglah ada satu kuasa yang dapat menyembuhkan dalamtubuh tiap-tiap manusia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan