Ahad, 9 November 2014

METAFIZIK DAN HUKUM BIOLOGI


  Ilmu Biologi termasuk dalam ilmu yang sangat penting dan besar sekali manfaatnya.Kerana dengan mendalaminya,seseorang dapat mengetahui susunan dan manfaat sesuatu tenaga / getaran atau lain-lain yang terdapat pada diri kita atau sekeliling kita.
 ALLAH SWT telah berfirman di dalam surah Al Dzaariat ayat 49 yang bermaksud:
   `Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran ALLAH`

Di awal penciptaan Allah ialah benda-benda yang bersifat panas atau dipanggil ATHTHABI`ATUL HARARAH.Asalnya dari gerakan alam semesta yang digerakkan oleh Allah swt dan salah satu sebab benda bergerak.
   Kemudian Allah swt mencipta benda-benda yang bersifat dingin atau dipanggil
ATHTHABI`ATUL BURUUDAH.Asalnya dari SAKINAH atau ketenangan alam semesta dan ianya bersifat tidak bergerak.
   Hasil terciptanya kedua-dua sifat diatas maka bercampurlah kedua dua unsur iaitu panas dan dingin,maka daripadanya timbullah dua sifat lagi iaitu daripada panas munculnya kering dan daripada dingin munculnya lembab.Daripada percampuran keempat-empat unsur itu maka terjadilah alam ini.Dari situ timbul pula empat unsur lagi iaitu :
1.) Unsur Tanah :- hasil campuran antara kering dan dingin.
2.) Unsur Air : - hasil campuran antara lembab dan dingin.
3.) Unsur Api :- hasil campuran antara panas dan kering.
4.) Unsur Angin :- hasil dari campuran antara panas dan lembab.

  Inilah campuran alam dunia yang merupakan komposisi berganda dan seterusnya daripada proses teratas tercipta pula tumbuh-tumbuhan,binatang ternak dan yang terakhir sekali manusia yang dapat berbicara.
Rasulullah saw bersabda dengan bermaksud :-
`Allah menciptakan manusia dari empat unsur iaitu air,tanah,api dan udara (angin).Jika air lebih banyak maka orang itu akan menjadi seorang yang hafal al quran,alim,faqih atau dermawan,jika lebih banyak tanah maka ia akan menjadi penumpah darah,jahat dan gagal dunia dan akhirat,jika lebih banyak api maka ia akan menjadi seorang yang zalim dan aniaya,jika lebih banyak unsur udaranya maka ia akan menjadi seorang pendusta.`Aukamaqal`.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan