Ahad, 9 November 2014
RAHSIA MEMBANGKITKAN DAYA KESEDARAN
Apakah dia DAYA KESEDARAN ? Daya kesedaran adalah daya hidup yang sememangnya telah lama wujud pada diri setiap manusia.Anda adalah generator daya tersebut,dimana daya ini akan terus bekerja mengikut perintah anda.
Daya Kesedaran adalah umpama sebuah Kapal Laut yang mana anak-anak kapal / kelasi hanya mendengar dan menurut perintah Kapten kapal tersebut.
BUKTI UJUDNYA DAYA KESEDARAN.
Untuk memberikan keyakinan jitu kepada anda maka marilah kita rasa dan buktikan ujudnya daya ini :-
* Dengan posisi yang selesa dan tenang.
* Gosok kedua-dua telapak tangan anda kira-kira 20 detik.
* Dalam keadaan telapak kanan menegak dan dalam jarak kira-kira 4 inci,dengan menggunakan hujung jari telunjuk kiri,cuba gerakkan jari tadi ke atas dan ke bawah atau cuba buat bulatan dengan diputar-putarkan jejari kiri.
ADAKAH ANDA MERASA TERDAPAT SUATU DAYA / KUASA YANG BERGERAK-GERAK DI TELAPAK TANGAN KANAN ANDA ?
Daya tersebut sangat sukar untuk diterjemahkan.Mungkin telapak tangan kanan anda merasa geli,hangat berangin,semut-semut ataupun......?
Tetapi yang paling pasti ialah setiap daripada anda dapat merasakan dan menggambarkanya.
Seorang ahli sains yang bernama Kirlian mampu menterjemahkan daya tadi dengan gambar yang disebut KIRLIAN FOTO AURA.
Jika dirujuk daripada gambar tersebut dapat kita jangkakan bahawa Daya tersebut berbentuk bersinar-sinar dan memancar-mancar keluar.
Begitu juga dengan anda,dengan Daya Kesedaran tadi anda mampu menggerakkan daya tadi untuk berbagai tujuan dengan menggunakan media-media tertentu seperti Air,Garam,Limau,Minyak bagi tujuan pengubatan dan bagi menguji sesuatu yang benar atau tidak benar.Anda juga boleh gunakan Pendulum dan untuk tujuan penghidupan mengikut daya kesedaran seseorang anda boleh menggunakan Batu Permata atau barang bertuah yang lain.
Secara amnya Daya Kesedaran ini ialah getaran daya hidup yang terdapat pada makhluk di muka bumi ini.
Untuk mandapatkan Rahsia Latihan Memperkuatkan Daya Kesedaran
Hubungi : 0125037175 ( Master Mohd )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan