Sabtu, 29 November 2014

PEMIKIRAN POSITIF DAN HUKUM TARIKAN.

Bagaimana Menggunakan Pemikiran Positif dan Hukum Tarikan
Hukum Tarikan berada di sudut asas pemikiran positif. Ia adalah salah satu sebab mengapa orang yang berfikiran positif menjadi lebih baik. Ia boleh juga diterangkan sebagai:
“Anda adalah apa yang anda fikirkan. Anda menarik apa yang anda fikir; kehidupan anda adalah hasil daripada pemikiran dan kepercayaan anda. Tiada apa yang boleh mengubah fakta ini. Untuk mengubah kehidupan anda, hanya satu cara sahaja iaitu dengan mengubah pemikiran anda. Apa sahaja yang anda tumpukan kepada suatu pemikiran dalam minda anda dengan konsisten, ianya akan muncul dalam dunia fizikal anda”
Mengapa ini berlaku?
Satu persoalan yang bagus dan terdapat beberapa teori, tetapi ia adalah hukum dan sentiasa bertindak, jadi anda boleh menggunakannya samada anda faham mengapa ia boleh berlaku ataupun tidak.
Fikirkan tentang kehidupan anda sendiri sekarang. Apakah pemikiran yang anda tumpukan dalam minda anda dengan konsisten dan fikirlah tentangnya selalu. Adakah anda berfikiran seperti berikut:
“Saya benci kerja saya sekarang. Sangat letih dan tertekan”
“Saya rasa macam nak demam”
“Saya tidak pernah ada duit lebih untuk belanja keluarga dan kawan-kawan”
Saya harap ia adalah jelas untuk melihat bahawa pemikiran seperti di atas akan menarik situasi sama yang negatif ke dalam kehidupan anda. Yang pastinya adalah jika anda benci terhadap pekerjaan anda, maka anda tidak akan melihat peluang-peluang positif yang datang kepada anda. Jika anda telah menetapkan kepercayaan yang mana tiada yang baik datang melalui pekerjaan anda, maka anda sememangnya tidak akan nampak potensi peluang positif datang kepada anda dan hanya kemungkinan yang negatif sahaja yang datang.
Pemikiran negatif ini membuatkan ramai orang terkunci kepada gaya hidup dan situasi tertentu. Mereka fikir mereka tidak boleh terlepas daripada situasi itu…jadi mereka tidak akan berubah.
Baiklah, ambil masa beberapa ketika untuk duduk dan perhatikan pemikiran-pemikiran anda. Adakah anda mencipta pemikiran anda? Tidak, saya tidak fikir begitu, tetapi dah tentu anda mempunyai pemikiran. Adakah anda membuat keputusan tentang apakah pemikiran-pemikiran yang datang dalam minda anda? Lagi sekali, saya tidak fikir begitu, ia adalah seperti aliran yang konsisten yang mengalir melalui minda anda secara berterusan. Nampaknya kita hanya bergantung kepada pemikiran-pemikiran yang kita pilih sahaja.
Dengan itu, apakah pemikiran-pemikiran yang anda rasa kita patut fikir? Pemikiran yang baik atau pemikiran yang tidak baik? Sudah tentu pemikiran yang baik/positif. Jika pemikiran negatif datang dalam minda anda secara sedar, biarkan ia dan gantikan dengan pemikiran positif, jika ada pemikiran negatif lain datang, lakukan dengan cara sama. Anda akan terkejut bagaimana teknik mudah ini boleh memperbaiki kehidupan anda seperti anda tidak akan membenarkan pemikiran negatif mempengaruhi anda.
Saya harap ia adalah jelas untuk melihat bahawa pemikiran seperti di atas akan menarik situasi sama yang negatif ke dalam kehidupan anda. Yang pastinya adalah jika anda benci terhadap pekerjaan anda, maka anda tidak akan melihat peluang-peluang positif yang datang kepada anda. Jika anda telah menetapkan kepercayaan yang mana tiada yang baik datang melalui pekerjaan anda, maka anda sememangnya tidak akan nampak potensi peluang positif datang kepada anda dan hanya kemungkinan yang negatif sahaja yang datang.
Pemikiran negatif ini membuatkan ramai orang terkunci kepada gaya hidup dan situasi tertentu. Mereka fikir mereka tidak boleh terlepas daripada situasi itu…jadi mereka tidak akan berubah.
Buatlah keputusan dan sekarang anda menguasai pemikiran-pemikiran anda, yang mana anda putuskan apakah pemikiran-pemikiran yang anda sedang fikirkan…bukan yang dipengaruhi daripada luar…bukan rakan-rakan anda, rakan sekerja atau sesiapa sahaja…anda sekarang menguasai pemikiran anda dan juga kehidupan anda!
Pemikiran menarik pemikiran yang sama. Dengan ini, jika anda berfikiran positif tentang sesuatu, maka pemikiran positif lain akan hadir. Apabila anda mula putuskan untuk berfikiran positif, maka ia akan menjadi tabiat. Anda akan mula memilih pemikiran-pemikiran positif. Ia akan menjadi tabiat semulajadi bagi anda.
Ini adalah bagaimana orang tertentu selalunya bersikap optimis. Apabila anda dah masuk kepada kitaran berfikiran positif, maka pemikiran-pemikiran itu menarik realiti positif ke dalam dunia fizikal anda.
Anda harus berfikir pemikiran tertentu dengan konsisten untuk mencapai realiti kehidupan anda, ianya tidak terus berlaku dengan tiba-tiba. Ia bergantung kepada apakah realiti itu. Anda mesti berfikiran positif dan anda mesti pastikan yang ianya sudah berlaku dengan penuh keyakinan. Melalui pemikiran positif ini, lambat-laun ia akan menjadi realiti dalam kehidupan anda. Ingat.. ANDA menguasai pemikiran-pemikiran anda…bukan orang lain! Jadi, gunakanlah pemikiran positif dan Hukum Tarikan mulai sekarang…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan