Bagaimana Menggunakan Hukum Tarikan Boleh Mengubah Hidup Anda?
Sains membuktikan bahawa fizikal alam semesta adalah daripada energi (tenaga). Jika anda dapat menghuraikan semua benda di sekeliling anda, termasuk diri anda, kepada partikel yang lebih kecil (atom, electron, proton), anda adalah sebenarnya amat kecil (partikel sub atom) yang mana ia adalah energi tulen.
Segala yang anda lihat dalam dunia anda termasuklah kerusi/sofa yang anda duduk, orang di sekeliling anda, duit dalam dompet anda,rumah yang anda tinggal... SEGALANYA adalah daripada energi.
Walaupun sesuatu benda itu nampak pejal dan terpisah di sekitar anda, dari segi atom dan sub atom, namun semuanya dicampurkan bersama-sama di dalam satu gabungan energi yang besar.
Oleh sebab segalanya adalah energi, termasuk anda, perhubungan anda, kesihatan anda, wang anda, kejayaan dan kebahagiaan, malah semua ini dipengaruhi oleh Hukum Fizik atau Hukum Alam Semulajadi.
Apa yang penting di sini adalah apabila anda faham tentang hukum-hukum ini, anda boleh mempengaruhi sesuatu yang menjadi impian anda seperti wang, kejayaan, kesihatan dan sebagainya ke dalam kehidupan anda.
Ia nampak seperti magik namun ia adalah tindakan secara semulajadi melalui hukum alam semulajadi dan hukum saintifik yang menghasilkan semua yang wujud pada hari ini.
Bagaimana Menggunakan Hukum Tarikan Boleh Mengubah Hidup Anda?
Penemuan menarik seterusnya adalah fakta yang mana pemikiran di dalam kepala kita ini tidak tinggal di dalam kepala kita. Saintis berpendapat bahawa pemikiran adalah sebenarnya energi tulen dan ia dihantar keluar atau memancar keluar daripada badan kita seperti transmitter radio dan kemudian energi ini bergerak keluar.
Seseorang dan setiap benda di atas bumi ini mengeluarkan energi dan salah satu cara utama memancarkan energi ini adalah melalui pemikiran kita.
Energi pemikiran ini mempunyai keupayaan untuk mencipta realiti. Dan sains telah membuktikannya...
Walaubagaimanapun,kita patut serahkan segalanya pada tuhan pencipta sekalian alam ALLAH S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan